Maklumat Berkenaan Visa dan Passport

Home / KEHIDUPAN / Maklumat Berkenaan Visa dan Passport

Assalamualaikum et bonjour.

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda serba sedikit maklumat berkenaan passport/visa.

PASSPORT

Untuk pengurusan passport, kebiasaannya anda perlu membuat sendiri dengan harga RM 350. Anda berkemungkinan mendapatkannya dengan harga yang lebih murah sekiranya anda menunjukkan surat pengesahan yang anda akan belajar di luar negara.  Gambar yang diperlukan ialah gambar bersaiz passport di mana anda boleh membuatnya hampir di kesemua kedai gambar. Dan sekiranya anda tetap tidak menjumpai kedai gambar, anda boleh menangkap gambar anda sendiri dengan menggunakan mesin tangkap gambar yang disediakan di kebanyakan Pejabat Imegresen. Tetapi harganya adalah lebih mahal.

Untuk mendapatkan surat pengesahan yang anda akan belajar di luar negara, anda boleh memohonnya daripada pihak universiti. Seperti yang dimaklumkan, anda akan mendapat diskaun khas untuk pelajar. Setelah anda mengisi borang di pejabat imigresen, permohonan passport anda akan diproses dan akan siap insyaAllah dalam masa sehari.

VISA

Untuk permohonan Visa, kebiasaannya dokumen akan diuruskan dan disediakan oleh pihak pejabat (MFI-PreFrance = Kak lin). Berikut merupakan dokumen-dokumennya:

  1. Visa de long sejour-Demande d’attestation de OFII (perlu diisi).
  2. Gambar latar belakang putih 32mm X 20mm (adalah lebih baik untuk membawa bersama borang dan minta kepada pihak kedai untuk membuat gambar mengikut saiz kotak.)
  3. Dokumen lain yang disediakan oleh pihak pejabat (perlu fotostat untuk tujuan keselamatan)
  4. Passport

Kronologi permohonan semasa di kedutaan Perancis:

  • Kebiasaannya anda akan bertolak pada waktu pagi disebabkan ada pelajar yang mempunyai rendez-vous pada waktu pagi.
  • Kenderaan: van MFI atau bas jika terlalu ramai.
  • Masa untuk memasuki kedutaan ialah seperti yang tertera pada borang anda.
  • Sementara menunggu, anda boleh pergi sarapan atau membuat aktiviti-aktiviti  berfaedah.
  • Semua barang perlu ditinggalkan di pondok pengawal termasuklah telefon bimbit  (seperti yang diarahkan oleh pengawal keselamatan)
  • Semasa di dalam pejabat kedutaan, pegawai kedutaan akan menyemak borang anda dan cop jari anda diperlukan sebagai pengesahan permohonan.
  • Gambar akan diambil selepas itu (dinasihatkan untuk memakai pakaian formal). Dan bagi yang bertudung, anda perlu membukanya.

Contoh visa yang akan dapat sebelum berangkat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *