Pengorbanan Bagi Diri Kita

Home / TAZKIRAH / Motivasi / Pengorbanan Bagi Diri Kita

Pengorbanan seorang ibu membesarkan anaknya 

Sepanjang perayaan Hari Raya Aidiladha, Kami di Media ARIF telah bertanya kepada para pembaca di Facebook ape erti pengorbanan bagi mereka…

Berikut adalah perkongsian mereka: 🙂

sejauh mana kita sanggup melihat yg lain senang walaupun diri kita terpaksa bersusah dan menjalani sedikit kesedihan. =)

-Mahfuz Mohammad, Marseille

bila kita sanggup beri apa yang kita suka/sayang untuk meraih kasih daripada yang dicintai/disayangi. macam nabi ibrahim yang sanggup korbankan anaknya demi cintanya pada Allah. ataupun seperti seorang ibu/bapa yg sanggup bersusah payah bayar itu ini utk besarkan anak², and the list goes on…

– Anati Asyran, Rouen

Bukan pahala yang dikejari. Bukan penat, susah, terpaksa yg dirasai. Hanya ikhlas semate2 mencari keredhaan ilahi..

– Hakim Hassan

Qurban or sacrifice is always related between us and another person or people. Be it our time, our money, love, energy, feeling, ego, everything. It touched people’s heart eventhough we are not expecting for it and the most beautiful part is, we get rewards from Allah. It’s a double triple zillion of blessings, here and the hereafter. the best sacrifice is of course from us for Our Creator, Allah.

Baru terbaca satu ayat dalam Quran dan sebut perkataan Qurban. Qurban maksudnya mendekatkan diri kepadaNya . dari perkataan Qarib macam perkataan kawan karib. tak terfikir pun.surah Al-Ahqaf (46) : 28 maksudnya “Maka mengapa yang mereka sembah selain Allah sebagai Tuhan untuk mendekatkan diri [kepada Allah] tidak dapat menolong mereka. Bahkan tuhan-tuhan itu telah lenyap dari mereka? Itulah akibat kebohongan mereka dan apa yang dahulu mereka ada-adakan. (28)”

– Zaireen Yahya, Grenoble

Melepaskan segala yang kita ada/ingin/dapat walaupun kita tak suka/tak biasa/tak mahu/tak mampu demi mencari keredhaanNYA.. =)

– Ahmad Faez, Toulon

Pengorbanan ialah bila kita mula keluar dari comfort zone kita. pengorbanan ni x semestinya bila kita rasa terpaksa, tapi bila kita sukarela pun dikira juga.

– Ummu Salamah Zubir, Rouen

bila di akhirat nanti kita dapat persembahkan dengan bangganya di hadapan Allah “ooh Allah, inilah yang telah aku lakukan di dunia kerana cinta ku kepadaMu dan rasulMu”
menjadi hujjah supaya kite terselamat dari neraka jahanam
…dan berlari menuju syurgaNya!
*idola qorban saya : Mus’ab bin Umair yang kacak dan kaya raya :’)

– Nuur Iz’zati

hmm.. bagi saya pengorbanan bermaksud “kita lepaskan sesuatu yg kita betul² sayang demi mengejar sesuatu”… seperti cintaNya… =)

– Muhammad Amin Azman, Orleans

bagi saya, pengorbanan tu bermaksud kita memberi manfaat sesuatu yang sngt berharga bagi diri kita kepada org lain sama ada untuk kebaikan mereka, mahupun secara tak langsung untuk mencari keredhaan-Nya  (^_^)

РSudarman Masengat, Besan̤on

We make a living by what we get, and we make a life by what we give.
Setiap manusia itu punya hak dan peranan. Kalau asyik meminta hak, maka siapa yg mahu memberi peranan? Berkorbanlah krn-Nya, nescaya Dia akan membalasnya dgn balasan yg lebih baik dan lebih besar.

– Ali Hassan Mahmud, Nice

Memberikan sesuatu milik kita (tp semua pon Allah pinjamkan je), yg mana pemberian itu didorong oleh rasa sayangnya kita kpd seseorang or sesuatu, ikhlas tanpa mengharapkan balasan, lillahitaala.. Jom berkorban! 🙂

– Nurul Hanna Ismail, Besançon

Selalu orang kalau berkorban, kepuasan datang kat diri sendiri kan? Bukan sebaliknya.. that’s how I view it. Erti hidup pada yang memberi ^^

– Asma’ Abu Samah, Grenoble

saya korbankan waktu tidur saya untuk orang lain ^^

-Muhammad Athir, Marseille

Sejarah pengorbanan itu sendiri ialah satu “permainan” Allah dalam erti kata nak menguji cinta kita kpd Allah. Allah uji cinta Nabi Ibrahim kepadaNya dgn meminta baginda mengorbankan anaknya sendiri. Sebagai lambang cinta kepada Allah, Nabi Ibrahim sanggup utk mengorbankan anaknya. Disaat baginda nak menyembelih anaknya, Allah gantikan Nabi Ismail dgn kibas.

Mungkin kaitannya dgn kita ialah sejauh mana kita sanggup berkorban sesuatu yang sangat kita cintai untuk yang lebih layak dicintai. Selagi kita belum memberi utk yang paling layak kita cintai, selagi itu kita belum betul2 berkorban.

– Amirul Aleem Jamaluddin, Marseille

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

– Syazwan Alauddin, Grenoble

Qurban: hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya ^^

– Noor Eflinda Muhammad

Bila nak korbankan sesuatu, walaupun betapa susah ianya, insyaAllah sentiasa ingatkan diri dan setkan niat bahawa pengorbanan tersebut adalah kerana Allah SWT. InsyaAllah lebih senang. Allah matlamat kami ^^ hidup ini hanyalah sementara.Akhirat jua yang kekal selamanya..

– Abdul Hadi Azman, Grenoble

Subahanallah 🙂
Butir- butir mutiara yang kita sama-sama hayatinya demi Redha yang Maha Agung Allah subahanallahu wa ta’ala.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *