Apa yang anda perlu bawa

Home / KEHIDUPAN / Pra-Berlepas / Apa yang anda perlu bawa

Assalamualaikum. Bagaimana dengan persiapan bagasi anda? Sudah mula proses memasukkan segala yang akan dibawa nanti? Atau masih ragu-ragu dan terfikir-fikir apa yang perlu?

Jom bincang apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk dibawa ke France!

1) Pakaian

  • Secara mudahnya pakaian tidak perlu banyak.

  • Apa yang penting ialah anda membawa 1 atau 2 jaket tahan sejuk ataupun sweater. T-shirt juga tidak perlu banyak. 6-7 helai sudah mencukupi. Namun begitu, harga di Malaysia adalah lebih murah cuma kadangkala kurang sesuai dengan keadaan fesyen di sini.

  • Anda tidak digalakkan membawa terlalu banyak pakaian kerana anda boleh membelinya di sini dan ruangan lebihan bagasi boleh diguna pakai untuk benda-benda asas yang lain seperti rempah-rempah masakan.

  • Anda boleh membawa sepasang atau dua pasang kasut. Ini sudah mencukupi. Berdasarkan pengalaman kami, anda pasti akan membeli lagi kasut di sini nanti.

  • Bagi yang meminati sukan, di France agak susah untuk jumpa kasut futsal yang memenuhi citarasa warga Malaysia dan jenis kasut yang dijual juga kurang variasi berbanding dengan yang terdapat di Malaysia. Maka kami nasihatkan anda untuk mambawa kasut futsal dari Malaysia. Tempat futsal insyaAllah banyak dan tidak jauh dari kediaman pelajar.
Contoh kasut futsal yg dijual di France
  • Kasut bola boleh dibeli di France. Bagi yang akan ke Aix, anda boleh mendapatkannya di PDC (Plan de Campagne). Di sana terdapat factory outlet store seperti Adidas dan Nike. Bagi yang akan ke tempat lain, anda jangan risau. Kedai barangan sukan boleh didapati di kesemua bandar cumanya mungkin tidak berstatus factory outlet store. Barangkali harganya akan sedikit mahal.
But bola yg boleh dibeli di France
But bola yg boleh dibeli di France
  • Baju raya jangan lupa!

  • Stokin di France bagi kuantiti 5 pasang boleh didapati dengan harga 10€. Namun adalah digalakkan membeli di Malaysia kerana harganya jauh lebih murah.

  • Selipar tidak perlu dibawa. Namun bagi individu yang mahu bawa, tiada halangan buat anda.

 

2) Peralatan

  • Seperti yang terdapat dalam topik “Perkakas elektronik“, international adapter adalah teramat penting.
  • Quran berserta terjemahan.
Contoh al-quran dan terjemahan
  • Alat tulis (pen, pensil, lead pensil (di France lead pensil 0.3 dan 0.7 susah untuk dijumpai), kertas A4 atau testpad tidak perlu di bawa kerana di sini banyak dijual dan harganya di dalam lingkungan kemampuan anda.

  • Untuk telefon bimbit dan laptop, telah kami ceritakan dalam topik “Perkakas elektronik”.

  • Sejadah dan kompas kiblat adalah sangat penting untuk digunakan sewaktu di rumah keluarga angkat (3 bulan). Untuk jadual waktu solat, selalunya akan diuruskan oleh senior di tempat anda belajar nanti. Atau anda boleh sahaja menghubungi “PIC Lokaliti ARIF”.

  • Seperti yang diberitahu di dalam topik sebelum ini (Telefon bimbit), adalah lebih baik untuk membawa sebuah telefon sementara bagi membolehkan anda berhubung dengan keluarga di Malaysia. Dan jangan lupa untuk menambah nilai dalam lingkungan RM50 atau RM60. Hal ini disebabkan caj sms adalah sangat mahal (roaming). Jangan lupa juga charger telefon dan peralatan elektronik yang lain.

  • Boleh juga untuk membawa external hard disk dan pendrive.

  • Kamere dslr atau kamera normal. Tidak lupa juga kalau anda teringin untuk membawa videocam. (Perkakas elektronik)

  • Electrical appliance seperti blender, periuk nasik dan lain-lain tidak perlu di bawa.

3) Makanan

  • Di France tiada minuman Milo yang sudah pasti perlu diboikot, tapi sangat banyak minuman coklat yang selalu  diminum oleh kami di sini dan pada pendapat kami, minuman coklat di sini jauh lebih sedap.

1454499-7-recettes-au-banania

  • Banyakkan membawa rempah ratus dan perencah. Antara perencah yang boleh dibawa ialah perencah nasi goreng, serbuk kari, kurma, kerutuk dan sup. Serbuk kari  ada dijual di sini, tapi sangat berlainan dengan kedai mamak Malaysia. Serbuk jintan, kunyit, ketumbar semua ada di sini. Tapi amat dinasihatkan untuk membawa sedikit. Paste tom yam juga ada dijual di France (jauh lebih sedap).
Serbuk Kari
Serbuk Kurma
perencah tomyam
Serbuk kerutuk
  • Kicap dan sos tak perlu dibawa. Kicap boleh didapati di sini. Atau anda boleh membeli dengan pihak ARIF di Arif Store.

  • Jika anda peminat serunding, maka wajib untuk membawanya!  Anda boleh menggunakannya untuk  bersahur. Selain daripada telur goreng dan hotdog.

  • Sudu garfu tidak perlu dibawa. Perkakas ini sangat murah dan kadangkala, keluarga angkat akan sediakan.

  • Paling penting : Anda harus belajar memasak dari Malaysia lagi.

4) Lain-lain

  • Hadiah untuk keluarga angkat. Contoh hadiah yang boleh dibawa ialah kain pelikat, kain batik, replika twin tower, gambar-gambar panorama di Malaysia untuk digantung pada dinding.

  • Ubat-ubatan bagi individu yang ada alahan atau perlukan ubat-ubatan khusus. Untuk mereka yang ada ubat spesifik, anda boleh meminta doktor peribadi anda untuk membuat satu preskripsi (dalam english) bagi tujuan bukti kepada doktor di France mengenai masalah atau penyakit anda hidapi.

  • Jangan lupa untuk membawa lip balm untuk bibir yang kering dan losyen kulit. Perubahan cuaca sering kali membuat kulit orang Malaysia mudah kering. Namun, barangan ini boleh didapati di France pada kadar berpatutan.

  • Sebelum berangkat, bagi mereka yang mempunyai akses internet di rumah, adalah digalakkan untuk mengajar keluarga anda untuk menggunakan skype atau aplikasi yang semisal dengannya. Hal ini bagi tujuan untuk berhubung dengan riak wajah kerana perkara ini amat menyeronokkan lebih-lebih lagi di waktu raya atau musim peperiksaan.

  • Cadar dan sarung bantal tidak perlu di bawa dari Malaysia.

  • Letak barang-barang toiletries anda ( perfume, shampoo, ubat gigi, gel rambut dll) di dalam bagasi kargo (masuk bawah kapal terbang). Pastikan anda bungkus barang-barang tersebut dalam plastik yang kalis air kerana dikhuatiri  tertumpah semasa di dalam bagasi anda.

  • Barang-barang elektronik adalah lebih baik dibawa bersama di dalam bagasi kabin kerana dikhuatiri hilang di dalam kargo.

  • Diharapkan topik ini dapat membantu anda. Kami telah cuba yang termampu untuk dikongsikan. Barangkali ada yang tertinggal, jadi silalah jangan segan untuk ajukan soalan-soalan di ruangan komen di bawah. InsyaAllah kami akan balas dengan kadar yang segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *