VISI ARIF

Home / VISI ARIF

Setelah 5 tahun ditubuhkan, ARIF telah melalui pelbagai perubahan dan evolusi dari segi struktur kepimpinan dan pengurusan. Sepanjang waktu itu, ARIF telah melakukan penilaian dan penambahbaikan bagi memastikan objektif penubuhannya tercapai. Tahun 2017, ARIF tampil ke hadapan dengan membawa visi yang terbaru

1. Memperkasakan sistem tarbiyah dan pengurusan aktivis yang berkesan
a. Memastikan aktivis ARIF mengikuti setiap program tarbiyah yang disusun
b. Perlaksanaan sistem tarbiyah yang memenuhi keperluan aktivis

2. Melahirkan individu yang berkempimpinan serta memastikan pengurusan organisasi yang unggul
a. Menjadi contoh rujukan dalam kalangan masyarakat
b. Menjadi aspirasi kepada aktivis-aktivis untuk terus menyumbang

3. Melaksanakan sistem pengurusan kewangan yang mapan
a. Melahirkan aktivis yang dermawan serta cekap dalam pengurusan kewangan
b. Menjana ekonomi ARIF bagi membantu kelancaran aktiviti-aktiviti ARIF

4. Membentuk sistem sokongan (organisasi-masyarakat) yang berkesan
a. Menjadi platform kepada aktiviti kemasyarakatan di Perancis
b. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak pengurusan penaja serta badan-badan pelajar yang lain dalam memajukan komuniti Malaysia di Perancis