Laporan Bergambar : Program SUPER (Summer Camp International) 2017

Home / Uncategorized / Laporan Bergambar : Program SUPER (Summer Camp International) 2017

Alhamdulillah, telah berlangsung program SUPER (Summer Camp Internasional) 2017 pada 7-9hb Ogos yang lepas. Kem ini berobjektifkan kepada pembinaan generasi muda sebagai mahasiswa cemerlang dan pemimpin masa depan negara. Mahasiswa daripada 6 negara (Canada, France, Mesir, Mekkah, Poland) telah menyertai Kem 2 hari ini yang dianjurkan hasil kerjasama ARIF France, AMAR Poland, AKIF Turki, ALIF Czech dan juga Kelab IKRAM Mesir.

Dimulakan dengan sesi “Building connection of Youth from different countries”, para peserta dapat mengenali semua peserta yang berlatarkan negara yang berbeza. Saudara Anas dan Zairul yang merupakan presiden AMAR POLAND dan ketua AMAR Rohani turut memberikan sharing tentang aktivisma dan kepimpinan di negara poland.

Malam itu, dimulakan dengan talk “The History of Youth Education”, menceritakan tentang keadaan perkembangan pendidikan di bumi Malaysia dan kepentingan untuk membina generasi muda sebagai modal insan sesebuah negara. Pagi hari selesa disambung pula dengan perbincangan “The Art of interacting with other people” oleh Saudara Wan dari Hidayah Center.

Petang terdapat aktiviti “physical outdoor challenge” “Aquatic Exercises” dan “Water polo tournament” di kolam renang private yang disewa khas untuk kem ini. Kem ini berakhir dengan satu sesi makan malam BBQ bersama Alumni Mahasiswa Luar Negara yang terdiri daripada Pensyarah Universiti UKM dan CEO sebuah syarikat business.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *