Ladies On Air

Home / Ladies On Air

 

“Ladies on Air” (LOA) merupakan sebuah siaran khas yang dianjurkan oleh ARIF France. Hadir dengan konsep penuh santai dan padat dengan informasi, LOA merupakan inisiatif kecil pelajar Malaysia dari bumi Napolean.

Mengapa kami mewujudkan LOA??

Memetik kata-kata dari Dr. James Emmanuel Kwegyir-Aggrey (1875-1927) :

“If you educate a man you educate an individual, but if you educate a woman you educate a family (nation).”

Dari mutiara kata tersebut, terserlah kepentingan peranan wanita sebagai tulang belakang kepada pembangunan sebuah tamadun atau generasi. Setiap wanita tentunya mengidamkan yang terbaik untuk masa depan diri, keluarga dan negara. Justeru itu, kita seharusnya sentiasa menyiapkan diri dengan bekalan ilmu yang berguna.

Melalui LOA, kami akan membawakan kepada para pendengar kupasan isu-isu semasa yang dilihat kritikal dan penting untuk dikongsikan bersama.

Kami berharap para pendengar dapat menimba ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin dan memilih LOA sebagai halwa telinga pada bila-bila masa.