Temuduga

Home / KEHIDUPAN / Temuduga

Assalamualaikum et Bonjour.

Apa khabar semua? Mengikut kebiasaan, pelajar MFI akan ditemuduga untuk kemasukan di IUT bulan April ini. Di sini kami akan kongsikan sedikit pengalaman temuduga. Perkara pertama yang anda nak tahu mestilah soalan cepu emas. Soalan apa yang akan keluar? Apa yang juri akan tanya dan banyak lagi.

  1. Pertama sekali, selepas anda duduk, juri akan bertanya tentang diri anda.
  2. Selepas itu, mereka akan bertanyakan tempat mana yang akan dipilih; Aix atau Toulon? Bagi pelajar yang akan ke Nice, Toulouse, Saint Nazaire, anda tidak mempunyai kebebasan memilih.
  3. Soalan yang ke-3 ini biasanya berkaitan dengan soalan ke-2; kenapa anda memilih tempat tersebut. Anda boleh bercerita bahwa anda sangat tertarik dengan tempat itu, minat cara pengajaran dan pembelajaran di sana (Toulon banyak lukisan, Aix banyak teori dan kira-kira) dan suasana tempat tersebut (bandar, kampung, pantai) yang mendamaikan.
  4. Selepas itu  penemuduga akan bagi anda satu karangan yang agak panjang. Sewaktu anda tengah baca, dia akan ambil kertas dan minta terangkan apa yang anda faham daripada teks tersebut.
  5. Soalan tambahan yang biasa diajukan ialah kenapa nak belajar di France. Rancangan selepas belajar?

Soalan-soalan ini barangkali berubah. Tapi soalan-soalan yang sama telah dikemukakan kepada senior-senior yang terdahulu.

Beberapa tips untuk interview:

Baju: Perlu formal dan kemas

Penampilan/perhiasan diri: Bagi wanita, tidak perlu bersolek tebal macam kuih tepung gomak. Bersederhana itu lebih baik. Buat gaya normal seperti di kelas. Minyak wangi jangan pakai banyak takut mengganggu penemuduga.

Persiapan: Buat rehearsal dan berlatih dengan kawan. Kemudian pastikan tidur awal.

Semasa ditemuduga: Jawab dengan tenang dan yakin. Relaks. Jangan kabut atau gelojoh dalam bercerita. Dan jangan sesekali menguyah chewing-gum ketika sesi soal jawab.

Bon Courage!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *