Perkakas Elektronik

Home / KEHIDUPAN / Pra-Berlepas / Perkakas Elektronik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan satu lagi topik hangat bagi pelajar-pelajar yang akan terbang dari bumi Malaysia ke luar negara secara amnya.

Gadgets-for-Your-Vehicle

Soalan: Kenapa selalunya lebih bagus membeli barang-barang elektronik dari Malaysia?

Jawapan: Kerana secara amnya, perkakas elektronik di France lebih mahal berbanding di Malaysia. Di France terdapat cukai yang diberi nama TVA (taxe sur valeur ajoutée) yang mana akan dikenakan kepada semua benda yang hidup ataupun mati yang dijual kepada pelanggan. Kadar cukai ini berubah mengikut barangan. Bagi barangan elektronik, ianya termasuk dalam kategori “hiburan” yang mana nilainya adalah tertinggi iaitu sebanyak 20%. Bayangkan satu barangan berharga 1000€ tapi anda terpaksa membayar sebanyak 1200€ termasuk cukai.

Mari kita lihat contoh peralatan elektronik yang boleh dibawa dari Malaysia:

1) Laptop

gallery-shot_laptops_14_03

Laptop boleh dikatakan barangan wajib bagi seorang pelajar lebih-lebih lagi yang mengambil jurusan kejuruteraan. Terdapat pelbagai jenis laptop bermula daripada MacBook Air sehinggalah Ultrabook. Bagi isu pemilihan laptop ini, tidak banyak yang boleh kami bantu memandangkan ciri-ciri pemilihan amatlah pelbagai dan bergantung kepada citarasa masing-masing.

Daripada segi spesifikasi, secara jelas lagi bersuluh di Malaysia speksifikasinya lebih mantap. Tambahan  pula kalau anda pergi ke Low Yat, dengan harga yang sama, samada dalam RM atau Euro, anda boleh mendapatkan yang lebih baik. Bagaimana pula dengan isu warranty? Apakah diterima pakai di France?

Bergantung kepada pengeluar. Sesetengah pengeluar memberi pilihan untuk menambah jenis warranty. Sebagai contoh, sebelum ini terdapat seorang senior yang mana sebelum ke France dia membeli laptop Dell di Malaysia. Di laman web Dell, ada pilihan untuk mendaftar international warranty. Tapi cara ini tidak pasti terbukti atau tidak kerana laptop tersebut tidak pernah rosak sepanjang pengajiannya di France (bukan nak promote syarikat Dell, hanya sekadar contoh).

Namun begitu, terdapat beberapa situasi di mana pelajar lebih cenderung untuk membeli laptop di France :

i) Penggunaan keyboard azerty. Hal ini disebabkan mereka ingin membiasakan diri menggunakan keyboard ini dan kelebihannya ialah mereka boleh menulis abjad french (é, è, ô etc) dengan pantas. Tetapi, sesetangah laptop dari Malaysia juga boleh menulis abjad french dengan agak senang. Sebagai contoh laptop DELL XPS , bila tekan ‘ + e dapat é atau laptop Mac.

ii) Keadaan kewangan di Malaysia yang tidak mengizinkan. Duit yang ada sebelum berangkat perlu digunakan untuk perkara lebih penting.

 

2) Telefon bimbit

5tC1XK8tSDiaAivVBIXT_Samsung_Galaxy_S4
Boleh rujuk kepada topik “Telefon Bimbit“.

 

3) Kamera kompak ke DSLR???

dslr

Kamera merupakan antara barangan yang dimiliki oleh kebanyakan pelajar luar negara. Pelbagai aktiviti seharian hendak dirakamkan bagi tontonan keluarga tersayang yang berada di Malaysia. Anda pasti akan tersengih kegembiraan memuat naik gambar-gambar ke MukaBuku (FB) dan seangkatan dengannya. Maka sangat wajarlah untuk mempunyai sebuah kamera.

Ciri-ciri pemilihan adalah bergantung kepada minat anda, tapi perkara penting yang perlu diambil kira, DSLR memerlukan komitmen daripada  sudut “curiosity” dan applikasi. Jika anda adalah jenis yang malas untuk meneroka dan belajar teknik mengambil gambar, adalah tersangat baik untuk membeli kamera jenis kompak.

 

4) International Adapter

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupa international adapter. Tak kenal maka tak cinta!

International adapter sangat berguna apabila anda sampai di sini nanti. Kebiasaannya, semasa nak datang ke sini, anda akan bawa bersama beberapa barangan elektronik dari Malaysia. Jadi dinasihatkan kepada anda supaya membawa bersama beberapa international adapter dari Malaysia.

Tetapi bagi sesiapa yang mempunyai banyak sangat gadget dari Malaysia, disarankan untuk membawa extension. Di antara kelebihan membawa extension dari Malaysia, anda cuma perlu membawa satu adapter kemudian semua perkakas yang berasal dari Malaysia boleh dicucuk ke extension tersebut.

 

 

Insurans elektronik atau garanti?

Di Malaysia kita mungkin tidak berapa perasan perbezaan di antara dua perkataan ini, tetapi di France anda akan perasan (setelah menjadi mangsa). Di France, bila anda membeli perkakas elektronik, kebiasaannya penjual akan menawarkan untuk menambah beberapa Euro untuk mendapatkan garanti setahun, tambah beberapa Euro untuk mendapatkan insurans setahun. Beza di antara insurans dan garanti ialah, garanti hanya akan cover kerosakan dalaman tetapi insurans akan cover dari segi rosak disebabkan jatuh, air, terbakar dan ada sesetengahnya yang akan cover disebabkan hilang/kecurian bergantung kepada pakej yang diambil.

Tetapi, perlu diingatkan kepada semua, seperti diputuskan oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan, insurans konvensional adalah haram. Ini kerana terdapatnya unsur gharar dan riba’ dalam sistem insurans konvensional. Anda boleh merujuk di pautan ini untuk keterangan lanjut : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvensional-menurut-perspektif-syariah

Akhir kata, diharapkan topik ini dapat membantu anda dan memudahkan perjalanan anda semua ke France dengan izinNya. Peringatan terakhir, sila bawa semua warranty gadget dan letakkan di dalam tempat yang sama. Bagi laptop, jangan lupa bawa atau buat “recovery disk”. Tidak lupa juga untuk “scan and recover ” semua dokumen penting dan letakkan di dalam hard disk atau cloud kerena khuatir akan digunakan pada saat kecemasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *