Muhammad S.A.W : Contoh Kesamarataan Pemimpin & Masyarakat

Muhammad S.A.W : Contoh Kesamarataan Pemimpin & Masyarakat

Sirah, TAZKIRAH
Perang Khandaq atau Perang Ahzab Menurut pendapat jumhur Ulama dan Imam Ibn Ishak, Urwah bin Zubair, Qotadah, Baihaqi  perang Khandaq terjadi pada bulan Syawal tahun kelima hijriyah dan sebagian ulama yang lain seperti pendapat Musa bin Uqbah menyebutkan bahwa peperangan ini berlaku pada bulan Syawwal tahun keempat hijriyah          Kesatuan musuh Islam Setelah mengkhianati perjanjian dengan nabi, Bani Nadhir telah diusir dari Madinah. Sejumlah tokoh Yahudi Bani Nadhir dan Bani Wa'il seperti Sallam bin Abil-Huqaiq, Hayyi bin Akhtab, Kinanah bin Abil-Huqaiq, Hauzah bin Qais al-Wa'iliy dan Abu Ammar al-Wa'iliy berangkat ke Mekah untuk mengajak kaum musyrikin Quraisy memerangi Rasulullah S.A.W .   Mereka berjanji, "Kami akan bersama kalian berperang sampai berhasil menghancurkan kaum Muslimin."   Mereka juga meyakinkan kaum Quraisy dengan mengatakan, "Agama kalian itu lebih baik daripada agama…
Read More
Hey Budak Hitam!

Hey Budak Hitam!

Motivasi, Sirah, TAZKIRAH
Ada satu perkara yang buat saya tersenyum sendiri iaitu ketika mengenangkan perasaan-perasaan ‘panik’ di malam sebelum peperiksaan. Semasa zaman-zaman sekolah dahulu, saya ingat lagi ramai rakan-rakan saya yang sembunyi-sembunyi keluar dari dorm selepas lampu asrama dipadamkan jam 11 malam. Tempat yang dituju adalah tak lain dan tak bukan ialah di tangga-tangga dan di kaki-kaki lima semata-mata demi mendapatkan pencahayaan yang cukup. Esok ada ujian percubaan mata pelajaran Sejarah. Masih ada topik-topik yang perlu dibaca. “Apa peranan Malaysia di peringkat antarabangsa?” tanya seorang rakan yang mencadangkan ‘Stay-Up Sejarah’s Quiz’. Jawapan pertama yang paling biasa kami nyatakan ialah : Malaysia menentang politik Apartheid di salah satu perjumpaan antarabangsa PBB. Padahal waktu itu, samar sekali pada kami apa itu sebenarnya politik Apartheid. Politik Apartheid teraplikasi di Afrika Selatan ketika itu, dimana ada penindasan…
Read More

The Chosen One

Sirah, TAZKIRAH
Jom Hidupkan Sunnah! Hadith-hadith dan sunnah-sunnah yang terdapat dalam video lagu 'The Chosen One' oleh Maher Zain. Moga bermanfaat, dan kita berdoa agar Allah memberikan kita kekuatan untuk menaladani sunnah baginda, Nabi Muhammad s.a.w.. [yframe url='http://www.youtube.com/watch?v=QbICjWI7Vrw'] Minit 0:32 - Mereka membuang sampah/kotoran di depan rumah. "Malah, mereka akan datang dengan usus yang berlumuran darah dan membuangnya depan pintu rumah ku…" (al-Tabaqat al-Kubra, Ibn Saad, seperti yang dipetik dalam al-Jami' al-Kabir: as-Suyuti) Dalam riwayat lain, ia disebut apabila hal ini berlaku, Rasulullah s.a.w. akan mengambil sampah itu dengan sebatang kayu, datang ke luar pintu dan berkata dengan kuat, "Wahai anak-anak Bani Abdul Manaf, apakah jenis perlindungan yang diberikan ini?" (kerana puak beliau telah berjanji untuk melindunginya, tetapi tidak menghalang kedengkian itu bahkan sampai depan pintu rumah baginda). Kemudian, beliau akan membuang…
Read More
Tentang Cinta

Tentang Cinta

Sirah, TAZKIRAH
    Bismillahirrahmanirrahim...   Assalamualaikum wbth para pembaca yang saya hormati sekalian.   Pertama sekali,saya ingin bertanya.Kira-kira,siapa yang muncul di benak fikiran anda apabila anda membaca tajuk ini?Kepada siapakah anda sulamkan cinta dalam kehidupan seharian?Mungkin ada yang menjawab ibu bapa,isteri ,suami atau kawan.Tapi, kali ni bukanlah tentang cinta kita pada mereka saya ingin bicarakan.Tapi, tentang cinta kita pada satu susuk tubuh yang agung,dia yang berpewatakan cukup sempurna dari segi akhlak dan seorang kekasih Allah.Siapa lagi kalau bukan nabi junjungan kita umat islam ; Rasulullah s.a.w.   Jika kita mengamati sirah baginda,kita akan terasa betapa cintanya baginda kepada kita.Walaupun baginda tak pernah bersua dengan kita.   Di saat kematian baginda,ketika izrail menjalankan tugas mencabut roh baginda dari jasad,baginda merasa sangat sakit.Pedih yang tak terperi hinggakan peluh terpercik di dahi baginda.Sampaikan Aisyah yang sedang…
Read More

Saya Cinta Rasulullah

Sirah, TAZKIRAH
 “Mencegah lebih baik dari mengubati”  ataupun “Prevention is better than cure”. Kata-kata ni selalu sahaja kita dengar, ucap mahupun digunakan di  dalam karangan  ketika zaman sekolah dahulu. Tetapi sejauh mana kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita? Adalah sesuatu yang sangat merugikan jika kita hanya berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih menyedihkan, jika doktor mengarahkan kita meninggalkan makanan kegemaran kita kerana masalah kesihatan yang serius. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita mula menjaga pemakanan dan kesihatan kita bermula dari usia muda. Maksudnya, bermula dari sekarang!! YA !! SEKARANG!! Bersempena dengan minggu “I <3 Rasulullah Week” pada sambutan Maulidur Rasul Ahad ini, marilah kita meluangkan masa sejenak, melihat kembali tabiat pemakanan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan sepotong  ayat al-Quran yang bermaksud:…
Read More

Tanggal 10 Zulhijjah

Ibadah, Sirah, TAZKIRAH
Tibanya 'Idul-Adha... Alhamdulillah, semestinya setiap daripada kita tahu tentang tarikh bersejarah ini kerana hari istimewa ini merupakan perayaan terbesar bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Malah di Arab Saudi, 'Idul-Adha ini merupakan hari perayaan yang lebih meriah daripada perayaan 'Idul-Fitr.   Berdasarkan sebuah hadis nabi: Dari Anas bin Malik radhiallahu'anhu berkata, "Tatkala Nabi shalallahu'alayhi wasalam datang ke kota Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bersenang-senang (bergembira) sebagaimana di waktu jahiliah", lalu beliau bersabda, "Saya datang kepada kalian dan kalian memiliki dua hari raya untuk bersenang-senang sebagaimana di waktu jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik, Idul Adha dan Idul Fitri."[1] Tetapi sayangnya, kebanyakan daripada kita tidak merasakan kedatangan 'Idul Adha ini, malah tidak menunggu-nunggu akan ketibaannya sepertimana kita menghitung hari untuk menyambut Idul Fitri.…
Read More

Uwais al-Qarni : Korban Kasih Seorang Anak

Sirah, TAZKIRAH
  Assalamualaikum sahabat sekalian! Sempena 'Idul Adha yang bakal menjelang, saya ingin menceritakan suatu kisah tabiin. Walaupun di dunia beliau asyik dicemuh dengan panggilan 'gila' oleh masyarakat sekeliling,  beliau tabah menghadapi segala ujian sehinggakan kedudukannya tersangat mulia di sisi Allah S.W.T. Namanya ialah Uwais al-Qarni. Kisahnya tidaklah begitu dikenali oleh kenbanyakan dari kita, tetapi sangat mengkagumkan apabila Rasulullah S.A.W. telah menyebut nama beliau di dalam satu hadis walaupun baginda tidak pernah bersua dengan Uwais. Cemburunya! Apa kisah menarik Uwais yang kita perlu cemburukan ni? Eh nanti dulu, ini cemburu positif ye, iaitu cemburu yang membuatkan kita berusaha nak jadi seperti beliau juga atau lebih baik dari beliau insyaAllah. Jom kita baca kisah beliau! ***************************** Nabi berpesan kepada Umar dan Ali : "Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya…
Read More

Keep Smiling, It’s a Sunnah =)

Sirah, TAZKIRAH
ALLAH has promised He will give reward to those who do good deeds and showing a smile is a good deed. The Prophet of ALLAH [PBUH] was reported to be smiling the most. He would always show a smile to the people :) Here are some of the Hadith we should all reflect on. 1. The Prophet Muhammad [PBUH] said: "Do not abuse anyone, do not look down upon any good work, and when you speak to your brother, show him a cheerful face." [Sunan of Abu-Dawood, Hadith 1889] 2. Abdullah ibn Harith [RA] said: "I never came across a person who smiled as much as Prophet Muhammad [PBUH]. Prophet Muhammad [PBUH] regarded smiling to a brother as an act of charity." [Tirmidhi] 3. Jarir bin Abdullah [RA] said: "The…
Read More