BAGAIMANA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH DI PERANCIS?

BAGAIMANA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH DI PERANCIS?

2017, FIQH LUAR NEGARA, KEHIDUPAN, Kembara & Survival, Ramadhan, TAZKIRAH
Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya, anak bulan Syawal bakal menunjukkan dirinya tidak lama lagi. Bagi yang di Malaysia, pasti sedang sibuk menyediakan kelengkapan hari raya. Di sini pula, mungkin sudah ada yang merancang sambutan Hari Raya bersama komuniti Malaysia di lokaliti masing-masing. Walau di manapun kita berada, perlu diingat salah satu kewajipan utama menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Zakat fitrah merupakan salah satu rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh mereka yang mampu. Tempoh bayaran zakat fitrah bermula dari 1 Ramadhan sehingga pagi 1 syawal sebelum solat sunat aidilfitri ditunaikan. Kadar bayaran zakat fitrah dinyatakan dalam sepotong hadis sahih dari (Abdullah) Ibn Umar r.a., “Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah, satu sho’ (gantang) dari buah tamar atau satu sho’ (gantang) dari sya'ir (sejenis gandum), atas tiap-tiap seorang hamba abdi atau…
Read More
Ramadhan Tiba Lagi

Ramadhan Tiba Lagi

Ramadhan, TAZKIRAH
“Ramadan tiba, Ramadan tiba, Ramadan tiba. Marhaban ya Ramadan, Marhaban ya Ramadan….” Begitulah lirik lagu nyanyian Opick yang bertajuk Ramadan Tiba. Iramanya sangat “catchy” membuatkan hati ini terasa girang dengan ketibaan bulan yang penuh dengan barakah ini. Sesungguhnya nikmat, rahmat dan barakah pada bulan ini tiada hadnya, bahkan terlalu banyak yang perlu untuk kita rebut dalam tempoh yang singkat ini. Sesungguhnya Kami turunkan ia (Al-Qur’an) pada satu malam yang penuh berkah. Sesungguhnya Kami adalah Pemberi peringatan. [QS. Ad-Dukhan (44) : 3] Tidak dapat dinafikan pengalaman berpuasa di Eropah agak mencabar terutamanya semasa musim panas. Ya, penulis akui ketiadaan bazar Ramadan juga salah satu faktornya, tetapi bukan itu yang penulis ingin ketengahkan. Suhu yang tinggi serta tempoh berpuasa yang lama kadang kala sehingga 17 jam boleh menyebabkan jiwa kita “histeria” dibuatnya…
Read More
Tibanya Ramadhan, Produktifkan Amalan

Tibanya Ramadhan, Produktifkan Amalan

Ramadhan, TAZKIRAH
Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,   Ramadhan bulan kita mengejar keampunan dan ketaqwaan dari Allah. Mesti kita bercita-cita untuk Ramadhan kali ini untuk khatam Quran, solat terawih setiap malam, perbanyakkan zikir, sedekah, mendapat malam lailatul Qadar dan pelbagai lagi pahala-pahala yang Allah janjikan. Untuk menjalani bulan Ramadan yang lebih produktif dan dipenuhi dengan amalan-amalan yang meningkatkan iman, kita hendaklah menyusun masa kita dan meletakkan matlamat harian. Di sini kami sertakan Mutabaah Amal Harian yang mana kita boleh nilai amalan harian kita. Semoga dapat memberi motivasi untuk memperbanyakkan amalan dan terus konsisten dengan amalan kita. [gview file="http://arif-france.org/v1/wp-content/uploads/2014/06/Booklet_Ramadhan.pdf"] Tekan pautan PDF di atas untuk muat turun. Untuk memudahkan penandaan, anda digalakkan untuk mencetak fail ini. Selamat Menyambut Ramadan Mubarak [yframe url='http://www.youtube.com/watch?v=lnTdo8O2bi0&feature=youtu.be']  
Read More
Yaumul Furqan

Yaumul Furqan

Ramadhan
  Ramadan. Bulan yang disyariatkan kewajipan berpuasa buat umat islam.   يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, Al Baqarah: 183 Ramadan. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran. Sebagai petunjuk dan al Furqan pemisah antara yang benar dan hak.   شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” Al-Baqarah : 186 Ramadan. Bulan yang dipilih pada harinya untuk berlakunya Yaumal Furqan.   وَاعلَموا أَنَّما غَنِمتُم مِن شَيءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسولِ…
Read More

Semarakkan Ramadhan

Ramadhan
Assalamualaikum. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Pejam celik, pejam celik, tak sangka bahawa hanya beberapa hari lagi sahaja bulan Ramadhan akan tiba. Soalnya, adakah kita semua sudah bersedia untuk menerima kedatangannya? Bukan sahaja bulan Ramadhan itu sendiri mengandungi seribu satu macam kelebihan, bahkan menunggu-nunggu datangnya Ramadhan itu sendiri mendatangkan rahmat. Kata Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka." (Hadis riwayat Ibnu Majah) Nah, beruntunglah anda jika andalah sebahagian daripada orang yang menanti-nantikan kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh kegembiraan. (more…)
Read More

Dilema Istiqamah Pasca Ramadhan

Ramadhan
  “Hmm, buang masa sahaja kursus-kursus ni. Sedarnya seminggu dua sahaja, lepas itu balik jadi macam dulu-dulu juga!” keluh seorang pekerja yang pesimis dengan kursus yang dihadirinya. Dia tidak sedar, bukan hanya kursus buatan manusia itu sahaja yang berdepan dengan masalah  pi mai pi mai tang tu ini. Hatta yang pergi Haji, sejauh mana dia mampu mengekalkan status ‘seperti bayi yang baru dilahirkan ibu’ kesan Hajinya itu hingga ke mati? Juga bagaimanakah pula dengan kursus intensif Ramadhan buatan Allah ini? Tidakkah isu yang sama juga muncul? APA SELEPAS RAMADHAN? “Apa selepas Ramadhan?”  persoalan berat yang mengulang datang. “Kembali kepada diri sebelumnya?” kebarangkalian yang amat meletihkan. Timbul bibit sesal. “Mampukah untuk terus berlaku baik dan terus menerus menambah baik?” pertanyaan yang berat di pertimbangan. Segalanya menjadi bahan renungan pada malam-malam akhir melepaskan Ramadhan.…
Read More

Muhasabah Ramadhan

Ramadhan
Muhasabah Ramadhan Al-Baqarah [183] "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." Hari ini masuk hari kelapan kita menyambut Syawal. Ini bererti Ramadan tahun ini telah pergi meninggalkan kita semua. Terdetik di hati penulis, apakah kita sudah bersungguh-sungguh memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan itu dengan sebaik-baiknya. Apakah puasa kita ketika bulan Ramadhan mencapai objektifnya, iaitu terbentuk sifat takwa dalam bulan-bulan yang lain seperti yang disebut dalam ayat di atas. Sifat takwa, sebagaimana tafsiran Saidina Ali bin Abi Talib ialah: Takutkan Allah semata-mata, beramal serta beristiqamah dengan segala perintah-Nya, redha dan merasa cukup dengan keadaan sedikit serta bersiap sedia setiap masa menghadapi kematian. Atau mungkinkah kita membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa memberi sebarang makna kepada kita? Mari kita sama-sama…
Read More