Hey Budak Hitam!

Hey Budak Hitam!

Motivasi, Sirah, TAZKIRAH
Ada satu perkara yang buat saya tersenyum sendiri iaitu ketika mengenangkan perasaan-perasaan ‘panik’ di malam sebelum peperiksaan. Semasa zaman-zaman sekolah dahulu, saya ingat lagi ramai rakan-rakan saya yang sembunyi-sembunyi keluar dari dorm selepas lampu asrama dipadamkan jam 11 malam. Tempat yang dituju adalah tak lain dan tak bukan ialah di tangga-tangga dan di kaki-kaki lima semata-mata demi mendapatkan pencahayaan yang cukup. Esok ada ujian percubaan mata pelajaran Sejarah. Masih ada topik-topik yang perlu dibaca. “Apa peranan Malaysia di peringkat antarabangsa?” tanya seorang rakan yang mencadangkan ‘Stay-Up Sejarah’s Quiz’. Jawapan pertama yang paling biasa kami nyatakan ialah : Malaysia menentang politik Apartheid di salah satu perjumpaan antarabangsa PBB. Padahal waktu itu, samar sekali pada kami apa itu sebenarnya politik Apartheid. Politik Apartheid teraplikasi di Afrika Selatan ketika itu, dimana ada penindasan…
Read More

Bersikap Positif dan Optimis – Siri 2

Motivasi, TAZKIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih. Alhamdulillah, segala rasa kesyukuran kita panjatkan kepada-Nya yang masih menghidupkan kita sehingga ke saat ini. Dan pada saat ini, kita sebenarnya sudah berada di pertengahan bulan Muharram, dua minggu selepas kita meraikan kedatangan tahun baru 1434 hijriyah. Pada saat kita masih berada dalam bulan pertama bagi tahun baru hijriyah ini, insyaAllah kali ini kita akan melihat bagaimana waktu dhuha membentuk diri agar kita lebih bersikap positif dan optimistik, sesuailah dengan kondisi kita buat masa ini yang sedang bersemangat untuk menjadikan tahun baru 1434 hijriyah ini sebagai tahun titik tolak perubahan diri dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. DHUHA PADANYA PENUH KEBERKATAN DAN RAHSIA Jika kita meneliti surah Adh-Dhuha, ia sesungguhnya memberikan pengajaran yang sangat mendalam tentang berfikir secara positif.…
Read More

Bersikap Positif & Optimis – Siri 1

Motivasi, TAZKIRAH
Assalamualaikum saudara dan saudari. KEKUATAN ROH POSITIF DAN OPTIMIS Mengikut pandangan Islam, manusia itu pada asasnya adalah : 1. Makhluk suci. 2. Dilahirkan dalam keadaan suci. 3. Mampu kembali kepada kesuciannya.   Pandangan tersebut merupakan pandangan yang sangat positif dan optimis tentang manusia. Dalam Al Quran, Allah s.w.t. menyebut manusia sebagai makhluk yang paling baik atau paling sempurna. "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (Surah At-Tin : 4)   Islam juga mengakui bahawa manusia adalah makhluk yang diberikan kemuliaan. "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan." (Surah Al-Isra' : 70)  Salah satu contoh aplikasi pandangan positif dan optimis…
Read More

Bunyanul Islam Ala Khamsin

Ibadah, Motivasi, TAZKIRAH
"Aku ingat, aku nak buat rumah." kata Radzi, pada satu malam yang hening. Melompat Shahrul dan Hazim dari tempat duduk mereka yang saat itu sedang sibuk 'menggoreng' gitarnya. "kau biar betul, Aji!! Engko nak kahwin ke?"  Kemudian, ruang tamu rumah bujang nombor 6,Jalan Kenanga itu dipenuhi dengan semua penghuninya. 8 orang semuanya. kecoh. panik. Aji nak kahwin! *         *       *  "Aku dengar Aji nak kahwin, Sya." bisik Shila kepada rakannya. Sya mencuka. Bukan Sya tak tahu, perkara itulah yang menjadi bahan pertengkarannya dengan Aji sejak dua minggu yang lalu. "tau.." balas Sya, lemah. Shila memegang bahu rakannya itu. "tak guna kan Aji tu. laki semua memang sama je. bercinta dengan kita macam nak rak. nak kahwin dengan orang lain pulak!" kata Shila. Padahal dalam hatinya, bukan marah betul pada Aji.…
Read More
Masalah Itu Mendekatkan Kita KepadaNya

Masalah Itu Mendekatkan Kita KepadaNya

Motivasi, TAZKIRAH
Assalamualaikum wbt et bonjour, Hidup ini sangat sinonim dengan masalah. Adakala ianya adalah kecil dan adakala sangat besar. Masalah boleh timbul dari segi kesihatan, pelajaran, keluarga, kewangan, persahabatan dan banyak lagi. Ada waktu kita mampu mengatasi masalah yang hadir dan terkadang kita tersungkur rebah di lembah kekusutan yang melanda. Setelah masalah yang hadir kita hadapi dengan jayanya, kita mampu tersenyum kepada dunia. Tetapi, ketika masalah yang kita hadapi menemui jalan buntu, habis seisi dunia kita persalahkan. Menjerit sang hati bahawa diri ini telah berusaha sehabis mungkin. Tapi, masalah tetap juga tak selesai! Sungguh tidak adil hidup ini! Itulah sifat seorang insan, seperti firmanNya dalam surah al-Israa ayat 11: Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan.Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa. Tatkala hanya kegelapan yang kita lihat dalam…
Read More
Titik Permulaan Itu Penting

Titik Permulaan Itu Penting

Motivasi, TAZKIRAH
Assalamualaikum w.r.b et Bonjour. Tatkala kita berdepan dengan situasi yang susah atau masalah yang membuatkan fikiran buntu dalam pelajaran, pada masa itulah motivasi kita jatuh merudum. Maka akan terdetiklah “Susahnya!!” , “Apa pulak nie? Tak pernah belajar pon” atau “Sejak bila aku belajar benda nie?”. Lantas, mengidam makanan sedap hasil air tangan ibu tercinta dan perasaan ingin pulang ke Malaysia juga semakin membuak-buak. Nampaknya perasaan ‘homesick’ semakin parah. Sesuatu yang normal jika bateri semangat dan motivasi kita yang penuh pada awal mula belajar, tiba-tiba jatuh sampai level merah (baca: lemah) apabila kita bersua dengan kebuntuan tatkala menyelesaikan soalan latihan atau ketidakfahaman ketika mengulangkaji pelajaran. Manakala, bagi seseorang yang kuat dan tabah,  kita pasti tidak akan membiarkan bateri motivasi itu kekal merah lantas kosong tanpa ‘recharge’. NEVER! Jom kita bersama-sama tarik…
Read More
Change For A Dollar

Change For A Dollar

Motivasi, TAZKIRAH
[caption id="" align="aligncenter" width="500"]                                                  Merenung masa depan yang suram[/caption] Mungkin kita lihat orang-orang di kaki-kaki lima tiada punya masa depan, tidak membawa sebarang manfaat kepada sesiapa. Kadang -kala, kita merasakan mereka ini hina. Hina sebab mereka tidak punya apa-apa. Siapakah kita untuk menilai mereka sedemikian rupa? Kita siapa? Mulia benarkah kita? Ubah pandangan kita, kepada sesiapa pun kita lihat. Mungkin orang yang kita pandang hina lebih mulia daripada kita.. penuh dengan sifat-sifat yang baik.. sifat-sifat kemanusiaan, yang kita tidak ketahui.. [yframe url='http://www.youtube.com/watch?v=9DXL9vIUbWg'] Dan sejauh manakah kita sanggup membantu saudara kita, tatkala kita sendiri dalam keadaan susah? "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (al-Hujuraat:10) "Tidak beriman seorang muslim itu…
Read More
Pengorbanan Bagi Diri Kita

Pengorbanan Bagi Diri Kita

Motivasi, TAZKIRAH
Pengorbanan seorang ibu membesarkan anaknya  Sepanjang perayaan Hari Raya Aidiladha, Kami di Media ARIF telah bertanya kepada para pembaca di Facebook ape erti pengorbanan bagi mereka... Berikut adalah perkongsian mereka: :) sejauh mana kita sanggup melihat yg lain senang walaupun diri kita terpaksa bersusah dan menjalani sedikit kesedihan. =) -Mahfuz Mohammad, Marseille bila kita sanggup beri apa yang kita suka/sayang untuk meraih kasih daripada yang dicintai/disayangi. macam nabi ibrahim yang sanggup korbankan anaknya demi cintanya pada Allah. ataupun seperti seorang ibu/bapa yg sanggup bersusah payah bayar itu ini utk besarkan anak², and the list goes on... - Anati Asyran, Rouen Bukan pahala yang dikejari. Bukan penat, susah, terpaksa yg dirasai. Hanya ikhlas semate2 mencari keredhaan ilahi.. - Hakim Hassan Qurban or sacrifice is always related between us and another person…
Read More
Aduh, Tidak Cukup Lagi

Aduh, Tidak Cukup Lagi

Motivasi, TAZKIRAH
Orang kata masa selalu sahaja mencemburi kita, Betulkah ungkapan ini? Tatkala peperiksaan hampir menjelang, kita terlalu sibuk mengulang kaji. Sehingga merasakan masa terlampau singkat, dan tidak berkeyakinan untuk menduduki peperiksaan keesokan harinya. Namun, sebulan hari-hari sebelum peperiksaan menjelang, apakah yang kita lakukan? 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan 52 minggu setahun. Setiap manusia memiliki masa yang sama.. Namun kita cenderung untuk tidak menghargai nilai masa... To realize the value of one year: Ask a student who has failed a final exam. Ini bukan mungkin lagi, tetapi, kebanyakan rakan-rakan kita, atau kita sendiri pernah rasa menyesal, kecewa dan patah hati, mengenangkan keputusan yang tidak seberapa. Last minutes study, acapkali menjadi pilihan para pelajar. Katanya, last minutes study, lebih feeling, lebih zouk! Mungkin benar bagi sesetengah antara kita, namun musibahnya mungkin lebih…
Read More