Kisah Dhuha

Kisah Dhuha

Ibadah, TAZKIRAH
Kisah Dhuha - kisah benar untuk dikongsikan (nama dirahsiakan) Pagi itu tatkala dia sedang bersiap-siap hendak keluar, seimbas pandangan melihat ke arah jam. Hatinya berdetik ″Eh, waktu Dhuha nie.. bila last buat solat sunat Dhuha,eh?″ Terus, dia mengambil wuduk dan bersolat dua rakaat. Dia baca surah Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha pada rakaat pertama manakala surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Sesudah solat dia berdoa dan kemudian dia membaca ayat seribu dinar sehinggalah dia rasa tenang dan puas… dia baca berkali-kali, tanpa menghirau sela waktu yang mungkin diambil.. Selepas itu dia bangun dan kembali bersiap untuk keluar. Dia ambil telefon bimbit dan dimasukkan ke dalam poket… “Eh, kertas apa pula ni, bukan patutnya poket kosong je ke?”… Subhanallah, dia terpaku apabila melihat sekeping duit kertas bernilai 50… berderau darah…
Read More
BELAJAR ITU IBADAH

BELAJAR ITU IBADAH

Ibadah
[caption id="attachment_2276" align="aligncenter" width="500"] (gambar hiasan)[/caption] “Dan (ingatlah) Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu.” (Adz-Zaariyaat, 51:56) Allah SWT menegaskan dalam firmanNya di atas tentang tujuan penciptaan manusia; untuk menyembahNya dan beribadah kepadaNya. Ini bermakna apa sahaja yang kita lakukan selain ibadah menjadi sia-sia lantaran tidak mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Indahnya Islam sehinggakan setiap pekerjaan yang kita lakukan walau sekecil-kecil perbuatan  seperti tidur pun dapat dikira sebagai ibadah. Tetapi kenapa kita masih gagal dalam belajar? Hal ini kerana kita masih gagal untuk menghayati erti belajar sebagai satu bentuk ibadah, sedangkan belajar sudah menjadi salah satu rutin dalam kehidupan seharian kita. Alangkah ruginya kita! Ya! Sangat rugi kerana kita telah menghabiskan separuh hari kita dari 8 pagi hingga 6 petang di universiti untuk menghadiri kelas, ditambah…
Read More

Bunyanul Islam Ala Khamsin

Ibadah, Motivasi, TAZKIRAH
"Aku ingat, aku nak buat rumah." kata Radzi, pada satu malam yang hening. Melompat Shahrul dan Hazim dari tempat duduk mereka yang saat itu sedang sibuk 'menggoreng' gitarnya. "kau biar betul, Aji!! Engko nak kahwin ke?"  Kemudian, ruang tamu rumah bujang nombor 6,Jalan Kenanga itu dipenuhi dengan semua penghuninya. 8 orang semuanya. kecoh. panik. Aji nak kahwin! *         *       *  "Aku dengar Aji nak kahwin, Sya." bisik Shila kepada rakannya. Sya mencuka. Bukan Sya tak tahu, perkara itulah yang menjadi bahan pertengkarannya dengan Aji sejak dua minggu yang lalu. "tau.." balas Sya, lemah. Shila memegang bahu rakannya itu. "tak guna kan Aji tu. laki semua memang sama je. bercinta dengan kita macam nak rak. nak kahwin dengan orang lain pulak!" kata Shila. Padahal dalam hatinya, bukan marah betul pada Aji.…
Read More
Berpuasa pada Hari Asyura

Berpuasa pada Hari Asyura

Ibadah
Assalamualaikum wbt dan Bonjour, InsyaAllah kita bakal menemui Hari Asyura, yakni hari kesepuluh dalam bulan Muharram. Adalah disunatkan berpuasa pada hari ke sembilan dan kesepuluh bulan Muharram. Jadi ayuh kita merebut peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah! Amalan Hari Asyura? Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura'). Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka) Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram. Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat Muslim) Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?       Diampunkan dosa setahun yang lalu. Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura.…
Read More
Apa yang anda perlu tahu : Awal Muharram

Apa yang anda perlu tahu : Awal Muharram

Ibadah
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,   Rata - rata sahabat sekalian mungkin ramai yang sedar bahawa kita bakal memasuki bulan Muharram pada hari Sabtu 26 November nanti. Bulan Muharram mempunyai keistimewaan tersendiri kerana bulan ini dianggap sebagai bulan pertama dalam kalendar umat Islam. Biasanya, majoriti masyarakat muslim di Malaysia menganggap bulan Muharram merupakan bulan di mana hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah dilakukan. Lirik ini terasa begitu dekat di halwa telinga kita : Awal Muharram Detik Permulaan  Perkiraan Tahun Islam Hijrah..  Perpindahan Nabi dan Umat Islam  Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah  Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh  Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu  Rela Berkorban Harta dan Nyawa  Demi Menegakkan Islam Tercinta  Ataupun juga mungkin lirik ini :  Muharam Safar Rabiulawal Rabiulakhir Jamadilawal Jamadilakhir Rejab Syaaban Ramadhan Syawal Zulkaidah Zulhijjah Awal…
Read More

Tanggal 10 Zulhijjah

Ibadah, Sirah, TAZKIRAH
Tibanya 'Idul-Adha... Alhamdulillah, semestinya setiap daripada kita tahu tentang tarikh bersejarah ini kerana hari istimewa ini merupakan perayaan terbesar bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Malah di Arab Saudi, 'Idul-Adha ini merupakan hari perayaan yang lebih meriah daripada perayaan 'Idul-Fitr.   Berdasarkan sebuah hadis nabi: Dari Anas bin Malik radhiallahu'anhu berkata, "Tatkala Nabi shalallahu'alayhi wasalam datang ke kota Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bersenang-senang (bergembira) sebagaimana di waktu jahiliah", lalu beliau bersabda, "Saya datang kepada kalian dan kalian memiliki dua hari raya untuk bersenang-senang sebagaimana di waktu jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik, Idul Adha dan Idul Fitri."[1] Tetapi sayangnya, kebanyakan daripada kita tidak merasakan kedatangan 'Idul Adha ini, malah tidak menunggu-nunggu akan ketibaannya sepertimana kita menghitung hari untuk menyambut Idul Fitri.…
Read More

Syawal Bulan Kemenangan

Ibadah, TAZKIRAH
Hari Raya Aidilfitri Berbicara tentang Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu membawa pelbagai erti dan makna. Membawa kembali pelbagai kenangan dan ingatan. Suka dan duka silih berganti. Kenangan manis mahupun pahit terus-menerus dilakar. Ada yang dapat beraya di Malaysia, dan ada yang beraya di Perancis.  Ada antara kita yang menikmati juadah pagi raya seperti lemang, ketupat dan rendang, sedia terhidang di atas meja makan menunggu untuk dijamah dan ada pula yang menyambutnya di kelas semata-mata. Apa jua hakikatnya, 1 Syawal tetap disambut dengan penuh gilang-gemilang oleh semua muslim di seluruh dunia. Tak kira tua, muda, miskin dan kaya, semuanya bergembira tatkala tarikh kemenangan itu menjelma. Untuk menambah kemeriahan Hari Raya yang tentunya belum berakhir, ARIF ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat…
Read More