BAGAIMANA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH DI PERANCIS?

BAGAIMANA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH DI PERANCIS?

2017, FIQH LUAR NEGARA, KEHIDUPAN, Kembara & Survival, Ramadhan, TAZKIRAH
Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya, anak bulan Syawal bakal menunjukkan dirinya tidak lama lagi. Bagi yang di Malaysia, pasti sedang sibuk menyediakan kelengkapan hari raya. Di sini pula, mungkin sudah ada yang merancang sambutan Hari Raya bersama komuniti Malaysia di lokaliti masing-masing. Walau di manapun kita berada, perlu diingat salah satu kewajipan utama menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Zakat fitrah merupakan salah satu rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh mereka yang mampu. Tempoh bayaran zakat fitrah bermula dari 1 Ramadhan sehingga pagi 1 syawal sebelum solat sunat aidilfitri ditunaikan. Kadar bayaran zakat fitrah dinyatakan dalam sepotong hadis sahih dari (Abdullah) Ibn Umar r.a., “Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah, satu sho’ (gantang) dari buah tamar atau satu sho’ (gantang) dari sya'ir (sejenis gandum), atas tiap-tiap seorang hamba abdi atau…
Read More
OSCAR EDISI KEEMPAT DI ANSE!!

OSCAR EDISI KEEMPAT DI ANSE!!

2017, AKTIVITI, Est, EVENT, Wanita & Keluarga
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahu Ta'ala 'Anhu, pelayan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: "Tidak beriman salah seorang kalian sampai dia mencintai saudaranya, seperti dia mencintai dirinya sendiri." (HR. Bukhari dan Muslim) Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, OSCAR 4.0 telah selamat melabuhkan tirainya pada 21 Mei yang lalu. Program OSCAR 'Where hearts meet' telah dijalankan pada 20 dan 21 Mei yang lalu dengan harapan setiap hati-hati yang bertemu akan terus diberkahi oleh Tuhan semesta alam. Program ini adalah terbuka khas buat para pelajar wanita di seluruh Perancis. Program OSCAR yang telah dijalankan buat kali ke-4 ini meletakkan fokus pada ukhuwah dan kasih sayang antara saudara sesama islam yang bertemu kerana Allah. Program kali ini telah berlangsung di Camping Les Portes du…
Read More
SIRIH PULANG KE GAGANG; HADI DAN ASMA’ PULANG DENGAN DOKTOR FALSAFAH

SIRIH PULANG KE GAGANG; HADI DAN ASMA’ PULANG DENGAN DOKTOR FALSAFAH

2017, AKTIVITI, Est, KEHIDUPAN, TAZKIRAH, Tips & Resepi, Wanita & Keluarga
Baru-baru ini, pasangan saudara Abdul Hadi bin Azman dan saudari Asma’ binti Abu Samah telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam peringkat doktor falsafah (PhD) di Unversité Grenoble-Alpes, Grenoble, France. Salah seorang pengasas ARIF France dan mantan presiden MASAF (2009-2011), Dr. Hadi merupakan bekas pelajar tajaan JPA ke Perancis (FP5) sebelum ditawarkan untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis beliau berkenaan ‘Method for integration of lattice structures in design for additive manufacturing’ telah dibentangkan pada tanggal 24 febuari 2017. ‘Lattice structure’ merupakan satu struktur yang ringan dan kuat, yang sesuai digunakan dalam pelbagai industri, terutama industri penerbangan. Di dorong oleh minat yang mendalam dalam bidang penyelidikan dan dunia akademik, Dr.Hadi telah menjadikan ini sebagai motivasi untuk beliau menyambung pelajaran. Keselesaan dengan suasana di kampus juga menjadi pendorong…
Read More
Hari Menentang Keganasan Terhadap Wanita 2016

Hari Menentang Keganasan Terhadap Wanita 2016

Kenyataan Media, MEDIA, Wanita & Keluarga
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam muhibbah. Selawat dan puji buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah kita diberikan peluang untuk membuka mata, menikmati kasih sayang yang dikurniakan Allah setiap saat. Sahabat yang dikasihi kerana Allah. 25 November dipilih sebagai hari menentang keganasan terhadap wanita. Mengapakah hari ini penting? Hal ini kerana, saban hari, kita boleh lihat di dada-dada akhbar, kaca televisyen mahupun laman sosial berkenaan jenayah keganasan terhadap wanita, kanak-kanak dan warga emas yang tiada hentinya. Rekod kes penceraian tidak terlepas, banyaknya berpunca daripada kekerasan dalam rumah tangga. Perkara ini tidaklah boleh dipandang enteng sama sekali kerana saya percaya dari institusi keluarga yang sakinah,mawaddah dan rahmah, maka lahirlah generasi yang cemerlang. Sebaliknya, jika terdapat kecacatan yang besar dalam membentuk moral dan akhlak ahli keluarga, adakah di masa…
Read More
Muhammad S.A.W : Contoh Kesamarataan Pemimpin & Masyarakat

Muhammad S.A.W : Contoh Kesamarataan Pemimpin & Masyarakat

Sirah, TAZKIRAH
Perang Khandaq atau Perang Ahzab Menurut pendapat jumhur Ulama dan Imam Ibn Ishak, Urwah bin Zubair, Qotadah, Baihaqi  perang Khandaq terjadi pada bulan Syawal tahun kelima hijriyah dan sebagian ulama yang lain seperti pendapat Musa bin Uqbah menyebutkan bahwa peperangan ini berlaku pada bulan Syawwal tahun keempat hijriyah          Kesatuan musuh Islam Setelah mengkhianati perjanjian dengan nabi, Bani Nadhir telah diusir dari Madinah. Sejumlah tokoh Yahudi Bani Nadhir dan Bani Wa'il seperti Sallam bin Abil-Huqaiq, Hayyi bin Akhtab, Kinanah bin Abil-Huqaiq, Hauzah bin Qais al-Wa'iliy dan Abu Ammar al-Wa'iliy berangkat ke Mekah untuk mengajak kaum musyrikin Quraisy memerangi Rasulullah S.A.W .   Mereka berjanji, "Kami akan bersama kalian berperang sampai berhasil menghancurkan kaum Muslimin."   Mereka juga meyakinkan kaum Quraisy dengan mengatakan, "Agama kalian itu lebih baik daripada agama…
Read More
Ramadhan Tiba Lagi

Ramadhan Tiba Lagi

Ramadhan, TAZKIRAH
“Ramadan tiba, Ramadan tiba, Ramadan tiba. Marhaban ya Ramadan, Marhaban ya Ramadan….” Begitulah lirik lagu nyanyian Opick yang bertajuk Ramadan Tiba. Iramanya sangat “catchy” membuatkan hati ini terasa girang dengan ketibaan bulan yang penuh dengan barakah ini. Sesungguhnya nikmat, rahmat dan barakah pada bulan ini tiada hadnya, bahkan terlalu banyak yang perlu untuk kita rebut dalam tempoh yang singkat ini. Sesungguhnya Kami turunkan ia (Al-Qur’an) pada satu malam yang penuh berkah. Sesungguhnya Kami adalah Pemberi peringatan. [QS. Ad-Dukhan (44) : 3] Tidak dapat dinafikan pengalaman berpuasa di Eropah agak mencabar terutamanya semasa musim panas. Ya, penulis akui ketiadaan bazar Ramadan juga salah satu faktornya, tetapi bukan itu yang penulis ingin ketengahkan. Suhu yang tinggi serta tempoh berpuasa yang lama kadang kala sehingga 17 jam boleh menyebabkan jiwa kita “histeria” dibuatnya…
Read More
Sebab-Sebab Tidak Boleh Berubah

Sebab-Sebab Tidak Boleh Berubah

TAZKIRAH
WHY ME NO CHANGE DURING RAMADHAN??!   Jiwa anak Adam itu fitrahnya memang cenderung kepada dosa. Cuma yang menjadi celaan adalah jiwa yang berdosa itu sombong dan tidak mahu mengubah kesilapannya,enggan tunduk kepada perintah Tuhan yang telah menciptakannya. Rasulullah SAW bersabda : ‟ Setiap anak Adam itu berbuat silap, dan sebaik-baik orang yang berbuat silap adalah orang yang bertaubat.″ [HR Tirmidzi] Manusia bukan sahaja menerima limpahan rahmat Allah yang sangat luas pada bulan ini, bahkan dibukakan baginya  jalan-jalan untuknya meraih kebaikan yang menyeluruh. Bukan sehari, dua hari mahupun tiga hari, tetapi selama sebulan ! Fuyoo !! Bahkan terdapat padanya satu malam yang lebih daripada seribu bulan jika dia mendapat kesempatan untuk beramal ketika masanya. Semua ini akhirnya akan menghasilkan perubahan daripada orang yang selalu bergelumang dengan dosa kepada seorang yang bertakwa kepada Allah…
Read More
Tibanya Ramadhan, Produktifkan Amalan

Tibanya Ramadhan, Produktifkan Amalan

Ramadhan, TAZKIRAH
Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,   Ramadhan bulan kita mengejar keampunan dan ketaqwaan dari Allah. Mesti kita bercita-cita untuk Ramadhan kali ini untuk khatam Quran, solat terawih setiap malam, perbanyakkan zikir, sedekah, mendapat malam lailatul Qadar dan pelbagai lagi pahala-pahala yang Allah janjikan. Untuk menjalani bulan Ramadan yang lebih produktif dan dipenuhi dengan amalan-amalan yang meningkatkan iman, kita hendaklah menyusun masa kita dan meletakkan matlamat harian. Di sini kami sertakan Mutabaah Amal Harian yang mana kita boleh nilai amalan harian kita. Semoga dapat memberi motivasi untuk memperbanyakkan amalan dan terus konsisten dengan amalan kita. [gview file="http://arif-france.org/v1/wp-content/uploads/2014/06/Booklet_Ramadhan.pdf"] Tekan pautan PDF di atas untuk muat turun. Untuk memudahkan penandaan, anda digalakkan untuk mencetak fail ini. Selamat Menyambut Ramadan Mubarak [yframe url='http://www.youtube.com/watch?v=lnTdo8O2bi0&feature=youtu.be']  
Read More
Ghaflah

Ghaflah

TAZKIRAH
Gambar dari  spreadsalam.com 15 Sya’aban baru semalam berlalu.  Maknanya tak lama lagi nak Ramadhan. Bulan yang mulia. Bulan yang berkat. Bulan turunnya Al-Quran. Bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan ( bersamaan dengan 83 tahun tu..). Eh tapinya… Kenapa macam masih tak feel lagi ? Patutnya nak hadapi bulan yang mulia ni, sekarang ni dah panaskan enjin.. Yelah.. Ramadhan setahun sekali.. Takkan nak biarkan peluang keemasan kumpul pahala ni.. Huhuhu…… Dulu-dulu  masa duduk kat Penang dulu, orang selalu dok sebut “Awat hang ni ghapla sangat?”  Mula-mula tu pulun dok pikiaq apa dia maksud ghapla ni... Rupa-rupa nya perkataan ghapla ni sebenarnya dekat sangat dengan satu perkataan Arab, 'ghaflah'. Dalam al-Quran Allah menyebut perkataan ghaflah: ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِى غَفۡلَةٍ۬ مُّعۡرِضُونَ "Telah hampir datangnya kepada…
Read More