ARIF SOKONG TN50 UNTUK LAHIRKAN GOLONGAN PRO-HUFFAZ

ARIF SOKONG TN50 UNTUK LAHIRKAN GOLONGAN PRO-HUFFAZ

Kenyataan Media, MEDIA
ARIF menyokong sepenuhnya ​saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan usaha kerajaan yang ingin melahirkan 125,000 Huffaz menjelang 2050 sebagai daripada salah satu dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50). Gambar oleh Bernama Menurut beliau, huffaz yang ingin dihasilkan bukanlah untuk menjadi imam atau guru agama semata-mata, tetapi ia juga sebagai berperanan dalam dunia profesional seperti doktor dan jurutera. Golongan Pro-Huffaz ialah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing serta memiliki kefahaman mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran yang dihafal sehingga terbentuk kefahaman Islam yang syumul dan sahsiah terpuji. Ini adalah penting bagi melahirkan sebuah generasi yang mampu membangunkan sebuah negara yang sejahtera, aman, harmoni dan mendapat keberkatan serta pengampunan daripada Allah. Ini adalah selari dengan wawasan ARIF yang meletakkan aspek tarbiah (pendidikan) sebagai teras kepada pembinaan negarawan bernilaikan insaniah, bagi…
Read More
TAHNIAH KEPIMPINAN BAHARU MASAF

TAHNIAH KEPIMPINAN BAHARU MASAF

2017, Kenyataan Media, MEDIA
Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baharu MASAF. Semoga kepimpinan baharu ini mampu mengangkat MASAF pergi lebih jauh dalam membangunkan pelajar Malaysia di Perancis. Saya percaya, mereka yang telah dipilih pada pilihan raya umum yang baru sahaja selesai ini mampu menggalas tanggungjawab dan melaksanakan peranan mereka sebaik mungkin. Kebanyakan calon yang terpilih ternyata adalah mereka yang berpengalaman dan pernah bekerja bersama MASAF sebelum ini. Jadi, saya yakin mereka ini akan memberikan sepenuh kudrat dan upaya dalam menggerakkan organisasi ini. Diharapkan juga, dengan pucuk pimpinan ini, MASAF dan ARIF dapat terus bekerjasama dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti serta program yang bermanfaat buat seluruh rakyat Malaysia di Perancis secara umum dan golongan mahasiswa secara khusus. Saya akui, ARIF sepanjang sesi agak kurang berkolaborasi bersama MASAF. Kelemahan ini sememangnya datang dari pihak…
Read More
Hari Menentang Keganasan Terhadap Wanita 2016

Hari Menentang Keganasan Terhadap Wanita 2016

Kenyataan Media, MEDIA, Wanita & Keluarga
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam muhibbah. Selawat dan puji buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah kita diberikan peluang untuk membuka mata, menikmati kasih sayang yang dikurniakan Allah setiap saat. Sahabat yang dikasihi kerana Allah. 25 November dipilih sebagai hari menentang keganasan terhadap wanita. Mengapakah hari ini penting? Hal ini kerana, saban hari, kita boleh lihat di dada-dada akhbar, kaca televisyen mahupun laman sosial berkenaan jenayah keganasan terhadap wanita, kanak-kanak dan warga emas yang tiada hentinya. Rekod kes penceraian tidak terlepas, banyaknya berpunca daripada kekerasan dalam rumah tangga. Perkara ini tidaklah boleh dipandang enteng sama sekali kerana saya percaya dari institusi keluarga yang sakinah,mawaddah dan rahmah, maka lahirlah generasi yang cemerlang. Sebaliknya, jika terdapat kecacatan yang besar dalam membentuk moral dan akhlak ahli keluarga, adakah di masa…
Read More
Projek Kad Raya ARIF France

Projek Kad Raya ARIF France

2016, KEHIDUPAN, MEDIA
Sempena Hari Raya Aidifitri pada tahun ini (2016/1437), ARIF France menghadiahkan kepada anda secara percuma KadRayaARIF. Selaras dengan tema #JalinanRaya, kad raya ini boleh dimuat turun, dicetak dan diberikan kepada rakan-rakan, teman serumah, teman sekelas, jiran tetangga, ahli keluarga atau sesiapa sahaja. Harapan kami agar dengan KadRayaARIF ini, hubungan silaturrahim kita semakin kukuh. Tatacara mendapatkan KadRayaARIF Kami menyediakan dua bentuk kad berbeza Bahasa Malaysia Bahasa Perancis Setiap bentuk boleh dimuat turun dengan dua format berbeza Booklet (format PDF) Single Page (format ZIP) Jika anda memilih format booklet Buka fail anda menggunakan Reader and Acrobat X Pilih ikon ‘printer’ dari menu utama Di ‘Page Sizing & Handling’, Pilih ‘Booklet' Di ruangan ‘Booklet subset’, pilih ‘Both sides’ jika anda menggunakan printer duplex (boleh mencetak depan & belakang) atau ‘Front side only/ Back…
Read More
Bengkel Media ARIF 2016

Bengkel Media ARIF 2016

2016, AKTIVITI, Est, EVENT, MEDIA
Pada 12 hingga 13 Mac 2016, pihak ARIF France telah menganjurkan Bengkel Media ARIF buat kali pertama bertempat di Centre Diocésain, Besançon. Bertemakan “Media Memacu Perubahan”, program selama dua hari ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar di Perancis yang mempunyai minat dalam bidang media untuk mempelajari kemahiran dan ilmu bersama para panelis dan antara satu sama lain. Pada jam 11 pagi, seramai 30 orang peserta telah hadir pada hari pertama bengkel untuk sesi pendaftaran dan taklimat bengkel. Makanan tengah hari telah disediakan kepada para peserta yang hadir sebelum bermulanya slot pertama bengkel, Forum : “Why I make Videos?” pada jam 2 petang. Para panelis untuk sesi ini adalah Saudara Malik Mahyuddin, Saudara Isa Mohamad dan juga Saudara Syamirul Huzseini, bersama Saudara Aminul Hakim sebagai moderator. Seterusnya program ini diteruskan…
Read More
Mahasiswa Lapar : Antara Perubahan Sikap dan Peningkatan Sistem

Mahasiswa Lapar : Antara Perubahan Sikap dan Peningkatan Sistem

2016, Kenyataan Media, MEDIA
Kehidupan mahasiswa boleh diibaratkan sebagai satu fasa transisi antara sebuah kehidupan yang bergantung kepada ibu bapa kepada sebuah kehidupan lebih berdikari. Jika sebelum ini, makan dan minum kita disediakan oleh kedua ibu bapa, di universiti kita perlu memikirkan sendiri apa yang bakal menjadi santapan kita setiap hari. Sehingga dikatakan soalan “nak makan kat mana?“ merupakan soalan yang paling kerap diajukan dalam kalangan mahasiswa dan juga merupakan soalan yang paling sukar dijawab. Kehidupan pasca-persekolahan juga merupakan fasa di mana kita belajar menguruskan kewangan secara teratur. Setiap pelajar memperolehi wang dari sumber berbeza (biasiswa, pinjaman, kiriman ibu bapa, pekerjaan, simpanan) menjadikan kaedah pengurusan itu berbeza bergantung kepada setiap individu. Menerjah ke tahun 2016, kita digemparkan dengan berita tentang krisis kewangan yang dihadapi oleh mahasiswa di Malaysia. Kisah seorang mahasiswi yang mengikat perut…
Read More
Apa yang dimaksudkan dengan “État d’Urgence” ?

Apa yang dimaksudkan dengan “État d’Urgence” ?

Kenyataan Media, MEDIA
Dalam satu kenyataan media susulan serangan tembakan dan letupan di Paris pada malam Jumaat, 13 November 2015 , Presiden Republik Perancis, François Hollande telah mengisytiharkan situasi darurat di seluruh wilayah Perancis. Ditubuhkan melalui Akta 3 April 1955 dan semakan semula oleh Akta Perisikan pada Mac 2015, "Situasi darurat boleh diisytiharkan di semua atau sebahagian daripada wilayah metropolitan atau jajahan luar negara, jika wujud ancaman yang menggugat keselamatan awam ataupun peristiwa yang boleh disifatkan sebagai bencana awam”   Keadaan darurat boleh diisytiharkan atas persetujuan Kabinet dan boleh dilanjutkan sehingga dua belas hari selepas pengisytiharan. Pengisytiharan darurat memberi kuasa kepada Penguasa Wilayah untuk:   Melarang pergerakan manusia dan kenderaan di kawasan terlibat sepanjang tempoh darurat ; Menubuhkan pusat  perlindungan untuk memastikan keselamatan mereka yang hidup; Menghentikan segala usaha menghalang operasi darurat  dalam…
Read More
Perutusan Maal Hijrah 1437H

Perutusan Maal Hijrah 1437H

2015, Kenyataan Media, MEDIA
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Bonjour. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kita masih diberi peluang untuk bernafas sebagai seorang hamba dan juga khalifah di atas muka bumi ini. Selawat dan salam kita kepada junjungan Rasul Muhammad (SAW) yang berusaha membimbing dan menyampaikan dakwah yang akhirnya sampai kepada kita umat Islam di bumi bertuah ini. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah (Maal Hijrah) yang ke 1437H. Tahun baru Islam ini boleh dikaitkan dengan  perubahan diri ke arah kebaikan dan sebaiknya perubahan ini perlu dilakukan secara berterusan tanpa mengenal erti lelah. Adalah lebih baik jika perubahan atau pembaikan ini dilakukan sedikit demi sedikit tetapi berkekalan berbanding secara mendadak tetapi sekadar pada waktu-waktu tertentu dan akhirnya lenyap begitu sahaja. Nabi Muhammad merupakan seorang insan yang seharusnya kita jadikan contoh dalam menunaikan…
Read More
Siapakah Kita Dalam Menangani Isu Pelarian?

Siapakah Kita Dalam Menangani Isu Pelarian?

Kenyataan Media, MEDIA
Assalamualaikum wbt, 1. Isu bersifat global ini sering sahaja dipaparkan di media massa dan laman sesawang, namun kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah impaknya paparan ini pada permasalahan tersebut? Adakah kita, seorang pelajar yang bukanlah mampu berdiri di khalayak ramai melontarkan suara menentang penindasan, ataupun seorang ahli politik yang boleh menggunakan pengaruh untuk membawa pelarian ke sini, mampu menghulurkan tangan? Jawapannya ialah, tidak kiralah siapa kita, kita semua mempunyai peranan masing-masing dalam menangani situasi gawat ini. 2.Masalah mangsa pelarian dari negara-negara bergolak seperti Palestin dan Syria haruslah dipandang serius oleh semua pihak tidak kira dari negara timur tengah, asia mahupun eropah. Banyak negara telah pun menghulurkan bantuan dan membuka pintu sempadan dengan rela hati bagi menyambut pelarian-pelarian ini bagi memberikan perlindungan yang sepatutnya kepada mangsa-mangsa ini seperti Jerman mahupun negara Arab sendiri.…
Read More