BILA ORANG PERANCIS BERBUKA MASAK LEMAK (VIDEO)

BILA ORANG PERANCIS BERBUKA MASAK LEMAK (VIDEO)

2017, AKTIVITI, Est
Pada tanggal 2 Jun 2017, masyarakat Malaysia dan Brunei di Besancon telah menyediakan juadah berbuka puasa buat jemaah Masjid Fontaine-Ecu. Aktviti kemasyarakatan yang diberi nama MASAK LEMAK 2.0 ini dianjurkan buat kali kedua selepas diadakan pada ramadhan tahun yang lalu. Seusai solat asar, mereka telah bergotong-royong menyediakan juadah berbuka yang terdiri dari sup sayur, ayam masak lemak, nasi jagung, onde-onde dan agar-agar. Di samping berpeluang untuk beramal pada bulan Ramadhan, masyarakat Malaysia dan Brunei dapat menjalinkan hubungan dengan masyarakat Muslim tempatan di sini. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Read More
PELAJAR MALAYSIA DINOBAT PENYAMPAI TERBAIK

PELAJAR MALAYSIA DINOBAT PENYAMPAI TERBAIK

2017, AKTIVITI, Est
Tahniah diucapkan kepada Penasihat ARIF France, saudara Akmali Mokhter setelah dinobatkan sebagai penyampai terbaik kategori saintifik sempena La Journée de Savoir di Dijon. La Journée de Savoir (Hari Ilmu dan Pengetahuan) adalah perhimpunanan tahunan yang mengumpulkan para pengkaji, doktor falsafah, pelajar Masters dan jurutera yang berlatarbelakangkan pelbagai disiplin dan bidang (kejuruteraan, sains hayat, kesihatan, politik dan ekonomi). Program ini dianjurkan setiap tahun di bandar Dijon oleh Association Jeunesse Musulmans de Borgonne en France JMBF. JMBF merupakan persatuan pemuda muslim Bourgogne dan merupakan salah satu badan yang berada di bawah Union des Organisations Islamiques de France (UOIF) ataupun Gabungan Persatuan-Persatuan Islam Seluruh Perancis. Para pengkaji, doktor falsafah mahupun jurutera telah membentangkan hasil kajian masing-masing kepada umum dan diadili oleh para pakar yang terdiri kebanyakannya dalam kalangan professor. Bersempena dengan konferens ini,…
Read More
OSCAR EDISI KEEMPAT DI ANSE!!

OSCAR EDISI KEEMPAT DI ANSE!!

2017, AKTIVITI, Est, EVENT, Wanita & Keluarga
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahu Ta'ala 'Anhu, pelayan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: "Tidak beriman salah seorang kalian sampai dia mencintai saudaranya, seperti dia mencintai dirinya sendiri." (HR. Bukhari dan Muslim) Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, OSCAR 4.0 telah selamat melabuhkan tirainya pada 21 Mei yang lalu. Program OSCAR 'Where hearts meet' telah dijalankan pada 20 dan 21 Mei yang lalu dengan harapan setiap hati-hati yang bertemu akan terus diberkahi oleh Tuhan semesta alam. Program ini adalah terbuka khas buat para pelajar wanita di seluruh Perancis. Program OSCAR yang telah dijalankan buat kali ke-4 ini meletakkan fokus pada ukhuwah dan kasih sayang antara saudara sesama islam yang bertemu kerana Allah. Program kali ini telah berlangsung di Camping Les Portes du…
Read More
SIRIH PULANG KE GAGANG; HADI DAN ASMA’ PULANG DENGAN DOKTOR FALSAFAH

SIRIH PULANG KE GAGANG; HADI DAN ASMA’ PULANG DENGAN DOKTOR FALSAFAH

2017, AKTIVITI, Est, KEHIDUPAN, TAZKIRAH, Tips & Resepi, Wanita & Keluarga
Baru-baru ini, pasangan saudara Abdul Hadi bin Azman dan saudari Asma’ binti Abu Samah telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam peringkat doktor falsafah (PhD) di Unversité Grenoble-Alpes, Grenoble, France. Salah seorang pengasas ARIF France dan mantan presiden MASAF (2009-2011), Dr. Hadi merupakan bekas pelajar tajaan JPA ke Perancis (FP5) sebelum ditawarkan untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis beliau berkenaan ‘Method for integration of lattice structures in design for additive manufacturing’ telah dibentangkan pada tanggal 24 febuari 2017. ‘Lattice structure’ merupakan satu struktur yang ringan dan kuat, yang sesuai digunakan dalam pelbagai industri, terutama industri penerbangan. Di dorong oleh minat yang mendalam dalam bidang penyelidikan dan dunia akademik, Dr.Hadi telah menjadikan ini sebagai motivasi untuk beliau menyambung pelajaran. Keselesaan dengan suasana di kampus juga menjadi pendorong…
Read More
GONG XI FA CAI BESANÇON

GONG XI FA CAI BESANÇON

2017, AKTIVITI, Est
Pada hari sabtu, 4 Februari 2017, bertempat di Restoran Wok No 1, warga Besançon beramai-ramai menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran wakil ARIF Besancon. Majlis ini dianjurkan bagi meraikan rakan rakan yang menyambut Tahun Baru Cina. Berada jauh di perantau, sambutan perayaan sebegini sangat dinanti nantikan. Bermula jam 19H30 malam, tetamu mulai datang secara beransur ansur memenuhi meja makan yang telah ditempah sebanyak 38 kerusi. Harga yang dikenakan pada hujung minggu ialah 16.50 euro bagi dewasa manakala untuk kanak kanak harga yang dikenakan ialah sebanyak 7.50 euro. Untuk pengetahuan, Restoran Wok No 1 ini berkonsepkan buffet dan menyediakan makanan dari asia seperti sushi, dimsum, nasi dan mee goreng dan sudah tentu yang paling dinantikan ialah menu wok. Pelbagai pilihan makanan laut disediakan dan kita boleh memilih sama ada untuk memasak…
Read More
Bengkel Media ARIF 2016

Bengkel Media ARIF 2016

2016, AKTIVITI, Est, EVENT, MEDIA
Pada 12 hingga 13 Mac 2016, pihak ARIF France telah menganjurkan Bengkel Media ARIF buat kali pertama bertempat di Centre Diocésain, Besançon. Bertemakan “Media Memacu Perubahan”, program selama dua hari ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar di Perancis yang mempunyai minat dalam bidang media untuk mempelajari kemahiran dan ilmu bersama para panelis dan antara satu sama lain. Pada jam 11 pagi, seramai 30 orang peserta telah hadir pada hari pertama bengkel untuk sesi pendaftaran dan taklimat bengkel. Makanan tengah hari telah disediakan kepada para peserta yang hadir sebelum bermulanya slot pertama bengkel, Forum : “Why I make Videos?” pada jam 2 petang. Para panelis untuk sesi ini adalah Saudara Malik Mahyuddin, Saudara Isa Mohamad dan juga Saudara Syamirul Huzseini, bersama Saudara Aminul Hakim sebagai moderator. Seterusnya program ini diteruskan…
Read More
Quranic Circle (Besançon)

Quranic Circle (Besançon)

2015, AKTIVITI, Est, EVENT, Quranic Circle
Kehidupan sebagai pelajar luar negara seringkali disibukkan dengan pelbagai rutin seharian. Quranic Circle (QC) bertujuan sebagai waktu rehat untuk para pelajar menenangkan minda, berkongsi ilmu dan mendalami Al-Quran dan Hadith. Dianjurkan buat julung kalinya untuk sesi persekolahan 2015/2016 pada petang Sabtu, 28.11.2015 di bandar Besancon oleh ARIF lokaliti Franche-Comte, perjumpaan QC mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 22 pelajar termasuk 3 orang pelajar Indonesia.   Aktiviti bermula pada jam 2.30 petang. Majlis dimulakan dengan hidangan makanan tengah-hari. Selesai itu, majlis bersambung dengan solat Asar berjemaah disusuli dengan perkongsian tafsir dan tadabbur. Pelbagai topik telah dibincangkan antaranya, anjuran berlemah lembut dan melakukan kebaikan dalam semua perkara, cara-cara berkomunikasi dan berdebat, kepentingan sabar dalam menghadapii ujian, dan isu semasa berkaitan serangan ke atas Paris pada 13 November yang lalu. Seterusnya, saudara Akmali…
Read More
Quranic Circle (Grenoble)

Quranic Circle (Grenoble)

2015, AKTIVITI, Est, EVENT, Quranic Circle
Kehidupan sebagai pelajar luar negara seringkali disibukkan dengan pelbagai rutin seharian. Quranic Circle (QC) bertujuan sebagai waktu rehat untuk para pelajar menenangkan minda, berkongsi ilmu, bertukar pendapat dan mendalami Al Quran dan Hadith. Dianjurkan buat julung kalinya untuk sesi persekolahan 2015/2016 pada malam Sabtu, 7 November 2015, di bandar Grenoble oleh ARIF lokaliti Rhone Alpes, perjumpaan QC mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 15 pelajar. Aktiviti bermula dari pukul 18:30 petang. Selepas solat Isyak berjemaah, telah diadakan sesi tilawah Al Quran  disusuli dengan perkongsian tafsir dan tadabbur. Pelbagai topik telah dibincangkan antaranya, agama sebagai cara hidup, keperluan menjauhi sifat bongkak, dan keindahan akhlak Rasulullah SAW. Seterusnya, saudara Syafiq Mazlan berkongsi penerangan Hadith 27 dari buku Hadith 40 Imam Nawawi. Beliau telah menyentuh beberapa topik seperti bentuk-bentuk dosa, cara mengelak dari…
Read More
Rhône-Alpes Cup 2015

Rhône-Alpes Cup 2015

2015, AKTIVITI, Est
Pada 17 Oktober 2015, telah dianjurkan Rhône- Alpes Cup untuk edisi yang ketiga berturut-turut. Kejohanan dibawah kelolaan ARIF Lokaliti Rhône-Alpes ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan pelajar-pelajar yang berada di region ini. Seperti edisi yang sebelumnya, kejohanan diadakan di UrbanSoccer Meylan. Seawal 9:30 pagi, para peserta sudah tiba di UrbanSoccer dan kelihatan sangat bersemangat untuk bertanding. Sebanyak 3 pasukan dari Grenoble serta 2 pasukan dari Lyon mengambil bahagian dalam acara tahunan ini. Kami juga menerima penyertaan dari pasukan jemputan dari Besançon. Menggunakan format liga, para pemain diuji ketahanan fizikal dan mental dalm usaha untuk menumbangkan pihak lawan masing-masing. Tamat semua perlawanan, pasukan Lyon B yang menampilkan pemain-pemain baru berjaya merangkul kejuaraan ini. Ini juga merupakan kejayaan kali ketiga berturut-turut buat pasukan dari Lyon untuk membawa piala pusingan ke ‘La Capitale des…
Read More
Sambutan AidilAdha Franche-Comté

Sambutan AidilAdha Franche-Comté

2015, AKTIVITI, Est
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1436H , pihak lokaliti ARIF di Besançon telah menganjurkan sebuah majlis sambutan hari raya peringkat Franche-Comté pada 4 Oktober 2015 di Dewan La Cassotte. Majlis ini bertujuan untuk menyambut kedatangan para pelajar yang baru berpindah ke Franche-Comté dan mengeratkan ukhuwah antara para pelajar di seluruh daerah Franche-Comté, di samping menyambut Hari Raya Aidiladha 1436H. Pelbagai juadah utama seperti nasi jagung, daging dendeng, mee bandung dan kuah lodeh telah disajikan dengan kerjasama seluruh warga Besançon. Hasil usaha seluruh warga Besançon, setiap juadah yang disediakan telah mencuit kembali setiap bait-bait memori indah sambutan Hari Raya Haji di Malaysia. Pihak lokaliti ARIF di Besançon ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir bagi memeriahkan majlis serta selamat maju jaya dalam merealisasikan impian…
Read More