PROGRAM OSEM BANTU PELAJAR KE ‘GRANDE ECOLE’

PROGRAM OSEM BANTU PELAJAR KE ‘GRANDE ECOLE’

2017, AKTIVITI, Sud
Assalamualaikum WRB dan Salam Sejahtera. Pada 4 Februari 2017, ARIF France telah menganjurkan program Orientation Seminar 5.0 (OSEM 5.0) yang bertempat di Hotel IBIS, Nice. Program ini merupakan edisi ke-5 yang diadakan secara tahunan, khas untuk para pelajar tahun pertama dan kedua di Institut Universitaire de Technologie (IUT). Program OSEM ini dihadiri oleh 30 orang pelajar serta menampilkan 3 orang panelis yang terdiri dalam kalangan pelajar sendiri. OSEM 5.0 ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada para pelajar untuk membuat pilihan ke program pengajian seterusnya samada ke ‘Ecole d’Ingénieur’, Universiti (L3) atau ‘Licence Professionnelle’ (LP) selepas menamatkan 2 tahun pengajian di IUT. Di samping itu, ia merupakan medium perkongsian antara pelajar senior dan junior yang menyentuh pelbagai aspek termasuk kehidupan di tempat belajar, pencarian ‘stage’ (latihan industri), pengalaman bekerja…
Read More
Orientation Seminar (OSEM 2016)

Orientation Seminar (OSEM 2016)

2016, AKTIVITI, EVENT, Sud
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pada 5 Mac 2016 yang lalu, ARIF telah menganjurkan program Orientation Seminar(OSEM), di Aix-en-Provence. Program ini adalah yang kali ke-4  dan diadakan khas untuk pelajar-pelajar tahun pertama dan kedua di Institut Universitaire de Technologie(IUT). Program berbentuk seminar dan perkongsian ini dihadiri oleh 44 orang pelajar, 3 orang panelis jemputan serta En Akmal Abdoul Malik, selaku pegawai PPL JPA di Paris. OSEM bertujuan untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada para pelajar untuk membuat pilihan ke program pengajian seterusnya sama ada ke Ecole d’Ingénieur atau universiti.Di samping itu, ia merupakan medium perkongsian bersama pelajar senior. Pada jam 2 petang, program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh saudara Fahrul Najmi Masengat selaku wakil ARIF. Slot pertama dimulakan oleh saudari Emilia Hanis Ahmad Nizar, yang kini bekerja sebagai Jurutera…
Read More
Sambutan AidilAdha Toulouse

Sambutan AidilAdha Toulouse

AKTIVITI, Sud
Pada 26 September 2015 bersamaan 12 Zulhijjah 1436H, warga Malaysia di Toulouse telah mengadakan sambutan Hari Raya IdulAdha di Parc de La Ramée, Toulouse. Majlis ini turut diramaikan lagi dengan kehadiran beberapa keluarga yang menetap di Toulouse serta sebilangan pelajar dari Pau. Selain mengenangkan ibadah korban, tujuan majlis ini diadakan ialah untuk saling mengenali para pelajar Malaysia yang baru dan yang sudah lama menetap di Toulouse. Majlis bermula pada jam 12.30 tengahari dengan kata-kata aluan daripada PIC Lokaliti Toulouse,  saudara Ibrahim Hilman. Seterusnya, bacaan doa dan sesi mengisi perut yang sudah lama tergoda dengan makanan yang dihidangkan. [caption id="attachment_6742" align="aligncenter" width="1080"] Ucapan Aluan dari wakil lokaliti Toulouse, Saudara Ibrahim Hilman[/caption] Majlis berakhir sekitar jam 4.30 petang dengan sesi gotong-royong bersihkan kawasan sekitar majlis. Diharap majlis keramaian seumpama ini dapat dijalankan…
Read More
Sesi Perkongsian Bersama Saiful Nang

Sesi Perkongsian Bersama Saiful Nang

2015, AKTIVITI, Centre, Sud
  SAIFUL NANG merupakan Pengerusi Eksekutif dan pengasas kumpulan syarikat Colours of Asia Sdn Bhd. Beliau memulakan perniagaan tersebut pada tahun 2004 dengan kapital sebanyak RM90, dan telah mengembangkan perniagaan ini menjadi rangkaian syarikat. Pada tahun 2005 beliau bersama 19 rakan menubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Warga Prihatin pada asalnya merupakan pusat penyelidikan mengenai Tamadun Sosial dan Moral. Memandangkan topik penyelidikan berkisar mengenai MANUSIA, maka mereka mengasaskan rumah anak yatim dan miskin untuk membumikan apa yang telah diajar dalam Quran dan Sunnah secara total. Saiful Nang juga merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia. Kejayaan…
Read More
Laporan OSCAR 2.0 : One Meeting Hundred Hearts

Laporan OSCAR 2.0 : One Meeting Hundred Hearts

2015, AKTIVITI, Sud
Assalamualaikum et bonjour, Program tahunan OSCAR, atau nama panjangnya ‘Our Spring Camp Retreat’ telah pun berlangsung dengan jayanya pada 29 hingga 31 mei yang lalu. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2014, OSCAR, yang merupakan program anjuran Ladies On Air dan ARIF France mula mendapat tempat di hati para pelajar perempuan Malaysia di Perancis. Program yang bertempat di Tohapi l’Europe, Vic la Gardiole (20km dari Montpellier) ini mengetengahkan satu konsep yang bukan berorientasikan penerimaan ilmu semata-mata, tetapi juga menitikberatkan jalinan ukhuwah antara para peserta. Oleh sebab itu, konsep yang dipilih pada tahun ini lebih santai dengan bertemakan ‘One Meeting , Hundred Hearts’. Antara objektif lain yang ingin dicapai oleh OSCAR adalah mempersiapkan peserta bagi menghadapi bulan Ramadhan yang akan datang. Seramai 24 pelajar perempuan menyertai program ini dan pentazkirah jemputan, Puan…
Read More
OSEM Sud 2015

OSEM Sud 2015

2015, AKTIVITI, Sud
Bagi membantu rakan seperjuangan kita membuat pilihan bagi melanjutkan pelajaran Bac+3 kelak, ARIF dengan kerjasama JPA akan menganjurkan OSEM Sud 2015! Tarikh: 08 March 2015 (Ahad) Masa: 9.30 pagi Tempat: Aix en Provence Penginapan bagi pelajar dari lokaliti lain akan diuruskan oleh pihak penganjur. Pendaftaran terhad kepada 60 peserta terawal sahaja! Borang pendaftaran Come and join us!  
Read More
Laporan Sambutan Eidul Adha Peringkat Lokaliti

Laporan Sambutan Eidul Adha Peringkat Lokaliti

2013, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Assalamualaikum dan salam sejahtera,   Pada 19 dan 20 Oktober yang lepas, ARIF telah menganjurkan sambutan Aidiladha di peringkat lokaliti.  Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan aidiladha bersama rakyat Malaysia yang lain.  Kesempatan ini turut digunakan untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang baru tiba di lokaliti atau mereka yang baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Perancis untuk melanjutkan pelajaran. Sambutan Aidiladha di Besancon turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Penasihat Pendidikan dan Latihan di Paris, Encik Mohd Shahir Shaari.  Di dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar KPM dan MARA yang baru memulakan pembelajaran Bahasa Perancis di Besancon.  Beliau turut mengingatkan kepentingan kerjasama dan saling tolong-menolong di kalangan pelajar Malaysia kerana hidup di perantauan banyak cabaran dan isu yang perlu ditangani. Semoga sambutan Hari Raya Korban ini dapat menyemarakkan diri kita dengan semangat…
Read More
Jalan-jalan di Marseille

Jalan-jalan di Marseille

2013, Sud
Seramai 10 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan dari Nice, Aix, Marseille dan Toulouse telah menyertai Sortie Les Calanques ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah lawatan menaiki bot untuk melihat Les Calanques, bersiar-siar di bandar Marseille dan piknik di tepi pantai Prado. Ribuan terima kasih kepada semua yang turut serta memeriahkan program ini. Semoga ia memberi seribu kenangan dan merapatkan lagi hubungan sesama pelajar-pelajar di Sud.
Read More
Laporan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434 H / 2013 M ARIF France

Laporan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434 H / 2013 M ARIF France

2013, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Kedutaan Besar Malaysia Paris Pada hari Khamis, 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434 H, Kedutaan Besar Malaysia Paris telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di bangunan kedutaan. Majlis ini dihadiri kira-kira 50 orang yang terdiri daripada para pelajar Malaysia dan para petugas yang menyambut hari raya di Perancis.  Pagi raya dimulakan dengan laungan takbir, seterusnya diikuti dengan solat sunat hari raya di bangunan kedutaan. Pegawai Penasihat Pelajar JPA, Encik Shahir Shaari kemudian menyampaikan khutbah sejurus selepas solat sunat hari raya ini, dengan bertemakan « Perpaduan ».  Majlis menjamu selera di kedutaan secara sederhana memberi peluang warga Malaysia merasai suasana seperti di Malaysia dengan terhidangnya ketupat, rendang, kuih-muih dan lain-lain walaupun berada di perantauan. Setelah itu, Saudara Ali Hassan Mahmud (Biro Komunikasi & Perhubungan Antarabangsa ARIF), saudara Mohd Akmali Mokhter (Wakil Lokaliti ARIF Besançon) dan beberapa pelajar Malaysia…
Read More
Iftar Perdana ARIF Nice

Iftar Perdana ARIF Nice

2013, AKTIVITI, Sud
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya, kerana pada hari Isnin 29 Julai yang lalu, telah diadakan dengan jayanya Iftar Perdana Nice ARIF. Program berbuka puasa dan solat sunat tarawih ini, rata-ratanya dihadiri oleh kebanyakan pelajar baru PF10 yang bukan sahaja datang dari Nice, malah ada mereka yang datang dari Toulon dan Toulouse. Program diserikan lagi dengan kehadiran oleh En. Shahir Shaari PPL JPA dan Dr. Syed Hussein. Untuk makluman semua, pada petangnya sebelum berlangsung iftar, mereka para pelajar PF10 telah bersama-sama dengan En. Shahir dan Dr. Syed dalam satu sesi taklimat dan perkongsian yang diadakan di Alliance Française Nice. Memandangkan jumlah hadiran yang agak ramai, program terpaksa dibuat secara berasingan, iaitu pihak lelaki di rumah R&R Iman manakala pihak perempuan di rumah wakil perempuan ARIF Nice, saudari Hanis Liyana. Antara juadah…
Read More