RAMAH MESRA ARIF FRANCE BERSAMA DATO’ IBRAHIM ABDULLAH

RAMAH MESRA ARIF FRANCE BERSAMA DATO’ IBRAHIM ABDULLAH

2017, AKTIVITI, Centre
Pada 6 Mei yang lalu, beberapa orang wakil dari barisan tertinggi pimpinan ARIF France telah pun menghadiri satu pertemuan tertutup bersama TYT Duta Besar Malaysia ke Perancis, Dato’ Ibrahim Abdullah di kediaman beliau iaitu Rumah Malaysia di Paris, Perancis. Pertemuan ini turut dihadiri oleh pegawai PPL Paris iaitu En Akmal manakala ARIF France telah diwakili oleh Penasihatnya, Saudara Akmali Mokhter, Bendahari Saudari Farah Syahira, Ketua Biro Kebajikan Saudara Ibrahim Hilman serta Saudari Farah Hazwani yang juga mewakili NGO MyCARE France. Antara objektif utama pertemuan ini adalah untuk meneruskan serta mengeratkan lagi hubungan baik antara pihak kedutaan terutamanya Duta Malaysia di Perancis bersama persatuan islam rakyat Malaysia di sini, ARIF. Pertemuan yang telah lama dirancang sejak kedatangan Dato’ Ibrahim ke Perancis pada penggal pelantikan duta yang baru tahun lalu akhirnya berjaya…
Read More
Sesi Perkongsian Bersama Saiful Nang

Sesi Perkongsian Bersama Saiful Nang

2015, AKTIVITI, Centre, Sud
  SAIFUL NANG merupakan Pengerusi Eksekutif dan pengasas kumpulan syarikat Colours of Asia Sdn Bhd. Beliau memulakan perniagaan tersebut pada tahun 2004 dengan kapital sebanyak RM90, dan telah mengembangkan perniagaan ini menjadi rangkaian syarikat. Pada tahun 2005 beliau bersama 19 rakan menubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Warga Prihatin pada asalnya merupakan pusat penyelidikan mengenai Tamadun Sosial dan Moral. Memandangkan topik penyelidikan berkisar mengenai MANUSIA, maka mereka mengasaskan rumah anak yatim dan miskin untuk membumikan apa yang telah diajar dalam Quran dan Sunnah secara total. Saiful Nang juga merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia. Kejayaan…
Read More
Laporan Sambutan Eidul Adha Peringkat Lokaliti

Laporan Sambutan Eidul Adha Peringkat Lokaliti

2013, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Assalamualaikum dan salam sejahtera,   Pada 19 dan 20 Oktober yang lepas, ARIF telah menganjurkan sambutan Aidiladha di peringkat lokaliti.  Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan aidiladha bersama rakyat Malaysia yang lain.  Kesempatan ini turut digunakan untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang baru tiba di lokaliti atau mereka yang baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Perancis untuk melanjutkan pelajaran. Sambutan Aidiladha di Besancon turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Penasihat Pendidikan dan Latihan di Paris, Encik Mohd Shahir Shaari.  Di dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar KPM dan MARA yang baru memulakan pembelajaran Bahasa Perancis di Besancon.  Beliau turut mengingatkan kepentingan kerjasama dan saling tolong-menolong di kalangan pelajar Malaysia kerana hidup di perantauan banyak cabaran dan isu yang perlu ditangani. Semoga sambutan Hari Raya Korban ini dapat menyemarakkan diri kita dengan semangat…
Read More
Sortie de Paris FP14

Sortie de Paris FP14

2013, AKTIVITI, Centre
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 15-17 Ogos yang lalu, satu program yang dinamakan ''Sortie de Paris'' telah dianjurkan untuk pelajar-palajar baru FP14. Program ini dianjurkan oleh ARIF France untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar junior yang baru sampai di Perancis untuk menerokai ibu negara Perancis, bandar raya Paris bersama beberapa orang pelajar senior. Seramai 10 orang pelajar FP14 dan 5 orang pelajar senior telah menyertai program yang berjalan selama 3 hari ini. Antara tempat-tempat yang telah kami lawati ialah La Tour Eiffel, Notre Dâme, La Défense, Arc de Triomphe, Sacré Coeur dan banyak lagi. Mereka juga berpeluang menaiki bot mengelilingi bandar Paris. Selain itu, mereka juga berpeluang melawat Kedutaan Malaysia di Paris disamping beraya di rumah Pegawai JPA di Paris, En. Shahir.     Program ini berjaya memupuk semangat ukhuwah dan…
Read More
Laporan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434 H / 2013 M ARIF France

Laporan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434 H / 2013 M ARIF France

2013, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Kedutaan Besar Malaysia Paris Pada hari Khamis, 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434 H, Kedutaan Besar Malaysia Paris telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di bangunan kedutaan. Majlis ini dihadiri kira-kira 50 orang yang terdiri daripada para pelajar Malaysia dan para petugas yang menyambut hari raya di Perancis.  Pagi raya dimulakan dengan laungan takbir, seterusnya diikuti dengan solat sunat hari raya di bangunan kedutaan. Pegawai Penasihat Pelajar JPA, Encik Shahir Shaari kemudian menyampaikan khutbah sejurus selepas solat sunat hari raya ini, dengan bertemakan « Perpaduan ».  Majlis menjamu selera di kedutaan secara sederhana memberi peluang warga Malaysia merasai suasana seperti di Malaysia dengan terhidangnya ketupat, rendang, kuih-muih dan lain-lain walaupun berada di perantauan. Setelah itu, Saudara Ali Hassan Mahmud (Biro Komunikasi & Perhubungan Antarabangsa ARIF), saudara Mohd Akmali Mokhter (Wakil Lokaliti ARIF Besançon) dan beberapa pelajar Malaysia…
Read More
Iftar Perdana ARIF di Tours

Iftar Perdana ARIF di Tours

2013, AKTIVITI, Centre
Bismillahirrahmanirrahim dan assalammualaikum.. Sabtu, 27 Julai 2013 Alhamdulillah, pada hujung minggu yang lepas, telah berlangsung Iftar Perdana Tours yang dihadiri oleh pelajar-pelajar FP14 dan beberapa pelajar lain yang tinggal berhampiran. Pihak ARIF ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Shahir (pihak JPA) yang turut hadir dan memberi bantuan utama dalam menjayakan program Iftar Perdana Tours ini. Para pelajar berpeluang menikmati juadah-juadah berbuka yang enak hasil dari air tangan Encik Shahir sendiri dan beberapa pelajar yang turut serta. Antaranya ialah nasi briyani, ayam masak merah, daging kurma, bubur lambuk, pudding buah dan sebagainya. Encik Shahir juga sempat berpesan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan untuk fokus pada pelajaran walaupun berada jauh dari keluarga yang tercinta. Beliau juga turut mengingatkan bahawa para pelajar tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran hidup di negara asing di Perancis baik…
Read More
Perkongsian MASAF Edutalk 2013 Tours

Perkongsian MASAF Edutalk 2013 Tours

2013, AKTIVITI, Centre
Bismillahirrahmannirahim, Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah pada Sabtu, 6 Julai, telah berjalan program Edutalk 2013 untuk pelajar-pelajar FP14 di Amphitheatre IUT de Tours, Tours. Program ini telah dikendalikan oleh beberapa AJK MASAF dan para senior dari bandar yang berbeza-beza. Untuk makluman semua, FP14 baru sahaja tiba di France 26 Jun yang lalu. Majlis bermula sekitar jam 9 pagi dan dimulakan dengan ucapan daripada Presiden MASAF, saudara Cyril Janting. Kemudian, saudara Sivaraj Rajagobal Reddy mengambil alih dengan membentangkan serba sedikit mengenai cara hidup di France. Turut terlibat adalah wakil ARIF Akademik, saudara Qamar Najmi Kamaruzzaman. PIC Lokaliti Besancon, saudara Akmali Mokhter dan DJ RadAR (Radio ARIF), saudara Azizi Omar  yang turut serta memeriahkan MASAF Edutalk. Kehadiran abang-abang dan kakak-kakak untuk berkongsi pengalaman mereka telah dimanfaatkan sebaik-baiknya.…
Read More
ARIF Bowling Fiesta 2013 Lokaliti Seluruh France

ARIF Bowling Fiesta 2013 Lokaliti Seluruh France

2013, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Laporan dan Keputusan ARIF Bowling Fiesta 2013 Alhamdulillah, pada bulan Mac yang lalu, beberapa bandar telah mengadakan sukan ARIF Bowling Fiesta 2013. Pihak ARIF mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kepada semua warga Malaysia yang terlibat dalam acara berbentuk pertandingan ini. ARIF Bowling Fiesta merupakan satu platform yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama warga Malaysia di peringkat lokaliti, di samping memberikan peluang untuk bertanding secara sihat. Kami sangat menghargai sambutan yang menggalakkan ini dan diharapkan acara yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Berikut ialah senarai pemenang: AIX-MARSEILLE-TOULON Kategori individu (L) Tempat pertama: Uncle Rosli Tempat kedua : Fikri Daud Tempat ketiga : Rafizzi Rosli  Kategori individu (P)  Tempat pertama : Aunty Jah Tempat kedua : Aunty Mas Tempat ketiga : Farah Rais BESANCON Kategori…
Read More
OSEM 2013: Arif Orientation Seminar Tours 2013

OSEM 2013: Arif Orientation Seminar Tours 2013

2013, AKTIVITI, Centre
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Dengan limpah rahmat dan kurnia daripada Tuhan, ARIF Orientation Seminar (OSEM) telah selamat dilangsungkan di IUT Tours pada 23 Mac 2013. Majlis bermula pada jam 11.30 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Saudara Aminuddin.  Saudara Firdaus kemudiannya dijemput untuk bacaan doa.  Selepas itu, majlis menjemput Presiden ARIF, Saudara Zulkhairi untuk memberikan ucapan beliau.  Di dalam ucapannya, Saudara Zulkhairi menyatakan bahawa ARIF sedang merancang sebuah program untuk membantu para pelajar Malaysia dalam bidang akademik.  Encik Shahir, Pegawai Pendidikan dan Latihan JPA di Paris kemudiannya dijemput untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan OSEM.  Encik Shahir menyatakan harapannya agar para pelajar dapat memanfaatkan program seperti OSEM untuk mengutip ilmu-ilmu yang berguna serta mengingatkan para pelajar persediaan bahawa jalan yang bakal ditempuhi adalah panjang. OSEM dimulakan dengan pembentangan  "The…
Read More

Sambutan Hari Raya Aidil Adha

2011, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Salam wbt et Bonjour, Bersempena hari raya aidiladha tanggal 6 november 2011 yang lepas, sambutan telah dilakukan di peringkat lokaliti bagi merayakan hari yang mulia didalam kalender Islam ini. Kami telah menerima laporan dari pelajar-pelajar dilokaliti berbeza, dan ingin kami kongsikan kemeriahan sambutan mereka disini. Thanks for sharing the enjoyments, hope that we found something meaningful in commemorating the willingness of Ibrahim to follow Allah's command! Toulon Sambutan raya haji kami bermula seawal tengah malam 5 hb november dengan penyediaan juadah untuk jamuan hari raya keesokan harinya. Seusai solat subuh dan menyiapkan diri, kami menuju ke gymnase J. Troin di La Garde untuk solat raya haji pada pukul 8pagi. Kami sangat bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk bersama-sama bertakbir dan menunaikan solat sunat hari raya haji dengan masyarakat muslim…
Read More