Laporan Sambutan Eidul Adha Peringkat Lokaliti

Laporan Sambutan Eidul Adha Peringkat Lokaliti

2013, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Assalamualaikum dan salam sejahtera,   Pada 19 dan 20 Oktober yang lepas, ARIF telah menganjurkan sambutan Aidiladha di peringkat lokaliti.  Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan aidiladha bersama rakyat Malaysia yang lain.  Kesempatan ini turut digunakan untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang baru tiba di lokaliti atau mereka yang baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Perancis untuk melanjutkan pelajaran. Sambutan Aidiladha di Besancon turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Penasihat Pendidikan dan Latihan di Paris, Encik Mohd Shahir Shaari.  Di dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar KPM dan MARA yang baru memulakan pembelajaran Bahasa Perancis di Besancon.  Beliau turut mengingatkan kepentingan kerjasama dan saling tolong-menolong di kalangan pelajar Malaysia kerana hidup di perantauan banyak cabaran dan isu yang perlu ditangani. Semoga sambutan Hari Raya Korban ini dapat menyemarakkan diri kita dengan semangat…
Read More
Laporan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434 H / 2013 M ARIF France

Laporan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434 H / 2013 M ARIF France

2013, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Kedutaan Besar Malaysia Paris Pada hari Khamis, 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434 H, Kedutaan Besar Malaysia Paris telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di bangunan kedutaan. Majlis ini dihadiri kira-kira 50 orang yang terdiri daripada para pelajar Malaysia dan para petugas yang menyambut hari raya di Perancis.  Pagi raya dimulakan dengan laungan takbir, seterusnya diikuti dengan solat sunat hari raya di bangunan kedutaan. Pegawai Penasihat Pelajar JPA, Encik Shahir Shaari kemudian menyampaikan khutbah sejurus selepas solat sunat hari raya ini, dengan bertemakan « Perpaduan ».  Majlis menjamu selera di kedutaan secara sederhana memberi peluang warga Malaysia merasai suasana seperti di Malaysia dengan terhidangnya ketupat, rendang, kuih-muih dan lain-lain walaupun berada di perantauan. Setelah itu, Saudara Ali Hassan Mahmud (Biro Komunikasi & Perhubungan Antarabangsa ARIF), saudara Mohd Akmali Mokhter (Wakil Lokaliti ARIF Besançon) dan beberapa pelajar Malaysia…
Read More
ARIF Bowling Fiesta 2013 Lokaliti Seluruh France

ARIF Bowling Fiesta 2013 Lokaliti Seluruh France

2013, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Laporan dan Keputusan ARIF Bowling Fiesta 2013 Alhamdulillah, pada bulan Mac yang lalu, beberapa bandar telah mengadakan sukan ARIF Bowling Fiesta 2013. Pihak ARIF mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kepada semua warga Malaysia yang terlibat dalam acara berbentuk pertandingan ini. ARIF Bowling Fiesta merupakan satu platform yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama warga Malaysia di peringkat lokaliti, di samping memberikan peluang untuk bertanding secara sihat. Kami sangat menghargai sambutan yang menggalakkan ini dan diharapkan acara yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Berikut ialah senarai pemenang: AIX-MARSEILLE-TOULON Kategori individu (L) Tempat pertama: Uncle Rosli Tempat kedua : Fikri Daud Tempat ketiga : Rafizzi Rosli  Kategori individu (P)  Tempat pertama : Aunty Jah Tempat kedua : Aunty Mas Tempat ketiga : Farah Rais BESANCON Kategori…
Read More

Sambutan Hari Raya Aidil Adha

2011, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Salam wbt et Bonjour, Bersempena hari raya aidiladha tanggal 6 november 2011 yang lepas, sambutan telah dilakukan di peringkat lokaliti bagi merayakan hari yang mulia didalam kalender Islam ini. Kami telah menerima laporan dari pelajar-pelajar dilokaliti berbeza, dan ingin kami kongsikan kemeriahan sambutan mereka disini. Thanks for sharing the enjoyments, hope that we found something meaningful in commemorating the willingness of Ibrahim to follow Allah's command! Toulon Sambutan raya haji kami bermula seawal tengah malam 5 hb november dengan penyediaan juadah untuk jamuan hari raya keesokan harinya. Seusai solat subuh dan menyiapkan diri, kami menuju ke gymnase J. Troin di La Garde untuk solat raya haji pada pukul 8pagi. Kami sangat bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk bersama-sama bertakbir dan menunaikan solat sunat hari raya haji dengan masyarakat muslim…
Read More