Rendez-Vous d’Hiver 2015 : #BecauseWeCare

Rendez-Vous d’Hiver 2015 : #BecauseWeCare

2015, AKTIVITI, Rendez- Vous d'Hiver
Assalamualaikum WRB dan Salam Sejahtera.   Alhammdulillah tsummalhamdulillah. Pada 19 hingga 22 Disember 2015, pihak ARIF France telah menganjurkan program musim sejuk tahunan, Rendez-Vous d’Hiver atau singkatannya RDH, bertempat di Village de La Tour, La Chaise-Dieu. Tahun ini merupakan tahun ke-5 program ini dijayakan sejak penganjuran sulungnya pada tahun  2011.  Bertemakan ‘Kemanusiaan’, RDH kali ini membawa sedikit kelainan kerana  telah berganding bahu bersama  MyCARE Eropah. Program yang berlangsung selama 4 hari dan 3 malam ini diharapkan bukan sahaja meninggalkan memori indah kepada 135 orang peserta yang hadir, bahkan dapat memberi penghayatan kepada mesej-mesej yang ingin kami sampaikan menerusi acara kali ini. RDH kali ini juga telah diserikan dengan kehadiran Pegawai Pendidikan dan Latihan (PPL) Paris, En. Akmal Abdoll Malik, dan juga Puan Nurulazunia Yusof selaku Setiausaha PPL. Terserlah keceriaan di…
Read More
Quranic Circle (Besançon)

Quranic Circle (Besançon)

2015, AKTIVITI, Est, EVENT, Quranic Circle
Kehidupan sebagai pelajar luar negara seringkali disibukkan dengan pelbagai rutin seharian. Quranic Circle (QC) bertujuan sebagai waktu rehat untuk para pelajar menenangkan minda, berkongsi ilmu dan mendalami Al-Quran dan Hadith. Dianjurkan buat julung kalinya untuk sesi persekolahan 2015/2016 pada petang Sabtu, 28.11.2015 di bandar Besancon oleh ARIF lokaliti Franche-Comte, perjumpaan QC mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 22 pelajar termasuk 3 orang pelajar Indonesia.   Aktiviti bermula pada jam 2.30 petang. Majlis dimulakan dengan hidangan makanan tengah-hari. Selesai itu, majlis bersambung dengan solat Asar berjemaah disusuli dengan perkongsian tafsir dan tadabbur. Pelbagai topik telah dibincangkan antaranya, anjuran berlemah lembut dan melakukan kebaikan dalam semua perkara, cara-cara berkomunikasi dan berdebat, kepentingan sabar dalam menghadapii ujian, dan isu semasa berkaitan serangan ke atas Paris pada 13 November yang lalu. Seterusnya, saudara Akmali…
Read More
Pertandingan Fotografi RDH 2015

Pertandingan Fotografi RDH 2015

2015, Rendez- Vous d'Hiver
Assalamualaikum & Bonjour Bahang RDH 2015 semakin dirasai!!! Mari sama-sama kita memeriahkan Pertandingan Fotografi sempena RDH tahun ini. TERMA DAN SYARAT Kriteria gambar dan peserta: 1) Nyatakan nama penuh, lokasi anda. 2) Tidak perlu meletakkan kapsyen di gambar, kapsyen fb sudah memadai. 3) Tidak terlalu banyak effects/edit/retouche, mestilah berpada-pada. 4) Gambar mestilah sopan dan tertib. 5) Bertepatan dengan tema : " HOT n COLD ". 6) Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut : i) keaslian gambar ii) 30% berdasarkan bilangan like di FB ARIF iii) 70% berdasarkan penilaian juri ARIF iv) Markah bonus untuk peserta RDH 2015 *Gambar boleh dimuat turun di laman FB anda. Pastikan anda "tag" laman FB ARIF France dan jangan lupa sertakan hashtag #RDH2015. Pihak media ARIF akan memuat naik semula gambar tersebut di page kami dan hanya…
Read More
Pertandingan ‘COVER’ Lagu Kemanusiaan RDH 2015

Pertandingan ‘COVER’ Lagu Kemanusiaan RDH 2015

2015, Rendez- Vous d'Hiver
              Assalamualaikum & Bonjour Sempena Rendez-Vous d'Hiver pada tahun ini yang akan diadakan pada 19-22 Disember 2015, ARIF France menganjurkan Pertandingan 'COVER' Lagu Kemanusiaan RDH 2015. TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN 1) Penyertaan terbuka kepada pelajar Malaysia di Perancis atau sesiapa yang sahaja yang menghadiri RDH 2015. 2) Penyertaan secara solo atau berkumpulan (tidak melebihi empat orang). 3) Penyertaan terbuka kepada peserta lelaki & perempuan (tiada percampuran). 4) Lagu mestilah mengikut tema "Peace and Harmony". 5) Pemilihan lagu adalah bebas dalam apa jua bahasa. Contoh-contoh lagu yang menepati kriteria: i) Assalamulaikum - Faizal Tahir ii) We Will Not Go Down - Micheal Heart iii) Damai Yang Hilang - Nowseeheart iv) Freedom - Maher Zain v) Dunia - Bunkface vi) Bebas Palestin - Rabbani/InTeam/Nowseeheart vII) Kelongsong…
Read More
Quranic Circle (Grenoble)

Quranic Circle (Grenoble)

2015, AKTIVITI, Est, EVENT, Quranic Circle
Kehidupan sebagai pelajar luar negara seringkali disibukkan dengan pelbagai rutin seharian. Quranic Circle (QC) bertujuan sebagai waktu rehat untuk para pelajar menenangkan minda, berkongsi ilmu, bertukar pendapat dan mendalami Al Quran dan Hadith. Dianjurkan buat julung kalinya untuk sesi persekolahan 2015/2016 pada malam Sabtu, 7 November 2015, di bandar Grenoble oleh ARIF lokaliti Rhone Alpes, perjumpaan QC mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 15 pelajar. Aktiviti bermula dari pukul 18:30 petang. Selepas solat Isyak berjemaah, telah diadakan sesi tilawah Al Quran  disusuli dengan perkongsian tafsir dan tadabbur. Pelbagai topik telah dibincangkan antaranya, agama sebagai cara hidup, keperluan menjauhi sifat bongkak, dan keindahan akhlak Rasulullah SAW. Seterusnya, saudara Syafiq Mazlan berkongsi penerangan Hadith 27 dari buku Hadith 40 Imam Nawawi. Beliau telah menyentuh beberapa topik seperti bentuk-bentuk dosa, cara mengelak dari…
Read More
Perjumpaan bersama Ketua Setiausaha Negara dan Pegawai JPA di Paris

Perjumpaan bersama Ketua Setiausaha Negara dan Pegawai JPA di Paris

2015, AKTIVITI
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah. Pada 26 Oktober 2015 yang lalu, HICOM ARIF dan MASAF diberi kesempatan untuk menghadiri majlis makan tengahhari bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di kediaman rasmi Duta Malaysia di Paris. Pihak kedutaan Malaysia dan beberapa pelajar Malaysia turut hadir bagi menyambut kedatangan beliau ke Perancis.   Majlis bermula sekitar jam 12.30 tengah hari sejurus selepas ketibaan Tan Sri Dr Ali Hamsa di Kedutaan Malaysia. Sempat kami berjabat tangan sambil bertukar senyum. Tanpa membuang masa, beliau menyampaikan sepatah dua kata dan menerangkan serba sedikit isi-isi penting berkenaan Bajet 2015 yang baru sahaja diumumkan Perdana Menteri Malaysia beberapa hari yang lalu. Beliau turut menyampaikan harapan beliau dan negara kepada kami, selaku pelajar dan penjawat awam yang berada di luar negara, agar tidak leka dan terus bersungguh-sungguh…
Read More
Rhône-Alpes Cup 2015

Rhône-Alpes Cup 2015

2015, AKTIVITI, Est
Pada 17 Oktober 2015, telah dianjurkan Rhône- Alpes Cup untuk edisi yang ketiga berturut-turut. Kejohanan dibawah kelolaan ARIF Lokaliti Rhône-Alpes ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan pelajar-pelajar yang berada di region ini. Seperti edisi yang sebelumnya, kejohanan diadakan di UrbanSoccer Meylan. Seawal 9:30 pagi, para peserta sudah tiba di UrbanSoccer dan kelihatan sangat bersemangat untuk bertanding. Sebanyak 3 pasukan dari Grenoble serta 2 pasukan dari Lyon mengambil bahagian dalam acara tahunan ini. Kami juga menerima penyertaan dari pasukan jemputan dari Besançon. Menggunakan format liga, para pemain diuji ketahanan fizikal dan mental dalm usaha untuk menumbangkan pihak lawan masing-masing. Tamat semua perlawanan, pasukan Lyon B yang menampilkan pemain-pemain baru berjaya merangkul kejuaraan ini. Ini juga merupakan kejayaan kali ketiga berturut-turut buat pasukan dari Lyon untuk membawa piala pusingan ke ‘La Capitale des…
Read More
Perutusan Maal Hijrah 1437H

Perutusan Maal Hijrah 1437H

2015, Kenyataan Media, MEDIA
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Bonjour. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kita masih diberi peluang untuk bernafas sebagai seorang hamba dan juga khalifah di atas muka bumi ini. Selawat dan salam kita kepada junjungan Rasul Muhammad (SAW) yang berusaha membimbing dan menyampaikan dakwah yang akhirnya sampai kepada kita umat Islam di bumi bertuah ini. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah (Maal Hijrah) yang ke 1437H. Tahun baru Islam ini boleh dikaitkan dengan  perubahan diri ke arah kebaikan dan sebaiknya perubahan ini perlu dilakukan secara berterusan tanpa mengenal erti lelah. Adalah lebih baik jika perubahan atau pembaikan ini dilakukan sedikit demi sedikit tetapi berkekalan berbanding secara mendadak tetapi sekadar pada waktu-waktu tertentu dan akhirnya lenyap begitu sahaja. Nabi Muhammad merupakan seorang insan yang seharusnya kita jadikan contoh dalam menunaikan…
Read More
Sambutan AidilAdha Franche-Comté

Sambutan AidilAdha Franche-Comté

2015, AKTIVITI, Est
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1436H , pihak lokaliti ARIF di Besançon telah menganjurkan sebuah majlis sambutan hari raya peringkat Franche-Comté pada 4 Oktober 2015 di Dewan La Cassotte. Majlis ini bertujuan untuk menyambut kedatangan para pelajar yang baru berpindah ke Franche-Comté dan mengeratkan ukhuwah antara para pelajar di seluruh daerah Franche-Comté, di samping menyambut Hari Raya Aidiladha 1436H. Pelbagai juadah utama seperti nasi jagung, daging dendeng, mee bandung dan kuah lodeh telah disajikan dengan kerjasama seluruh warga Besançon. Hasil usaha seluruh warga Besançon, setiap juadah yang disediakan telah mencuit kembali setiap bait-bait memori indah sambutan Hari Raya Haji di Malaysia. Pihak lokaliti ARIF di Besançon ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir bagi memeriahkan majlis serta selamat maju jaya dalam merealisasikan impian…
Read More
Sambutan AidilAdha Rhône-Alpes

Sambutan AidilAdha Rhône-Alpes

2015, AKTIVITI, Est
Assalamualaikum w.b.t Bersempena dengan sambutan hari raya Aidiladha yang lalu, kami, pelajar dan keluarga Malaysia dan Brunei yang menetap di Grenoble dan Lyon telah bersama-sama menganjurkan jamuan raya di Parc Mistral, Grenoble pada 3 Oktober 2015. Bilangan Grenobloise dan Lyonnais yang ramai iaitu melebihi 50 orang membuatkan majlis ini bertambah meriah. Dari kejauhan, boleh lihat warna-warni baju melayu dan baju kurung di tengah-tengah padang sambil kedengaran riuh-rendah kami berceloteh. Sudah lama tidak berkumpul, beginilah gayanya. Semua juadah yang disediakan merupakan hasil tangan kami sendiri. Dari juadah utama seperti nasi minyak dan rendang, nasi impit bersama kuah kacang, sehinggalah ke juadah ringan seperti buah epal bersalut coklat, semuanya nampak menyelerakan. Majlis bermula lebih kurang pada pukul 11.30 am, apabila hampir semua peserta telah berkumpul di tempat yang dijanjikan. Penulis lambat tiba…
Read More