Hari Tanpa Lapar 2014 ( Journée Sans Faim)

Hari Tanpa Lapar 2014 ( Journée Sans Faim)

2014, AKTIVITI, Est
Pada 13 Disember 2014 yang lalu, satu aktiviti yang diberi nama Journée Sans Faim telah dijalankan dengan kerjasama antara pihak Masaf dan Arif France. Journée sans faim bermaksud hari tanpa lapar, merupakan satu aktiviti di mana kami, para pelajar Malaysia di Besancon berganding bahu untuk menyediakan dan memberi makanan kepada golongan gelandangan. Sudah tentu aktiviti sebegini bertujuan untuk membantu dan mendekati golongan yang memerlukan di samping merasai dengan lebih dekat tentang kesukaran hidup yang mereka alami. Mudah mudahan aktiviti sebegini dapat menyentuh sanubari kita dan memotivasikan diri akan sifat memberi sedekah. Kenikmatan yang Allah kurniakan seperti wang ringgit sepatutnya dikongsi sebagai manifestasi kesyukuran yang bersarang dalam diri.   أنفقي أَوِ انْفَحِي ، أَوْ انْضَحِي ، وَلاَ تُحصي فَيُحْصِي اللهُ عَلَيْكِ ، وَلاَ تُوعي فَيُوعي اللهُ عَلَيْكِ “Infaqkanlah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan tanpa mahu mensedekahkan). Jika tidak, maka Allah…
Read More
Laporan Program Rendez-Vous d’Hiver 2014

Laporan Program Rendez-Vous d’Hiver 2014

2014, AKTIVITI, Rendez- Vous d'Hiver
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah dengan izin dariNya Rendez-vous D’Hiver (RDH) untuk sesi 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya pada tanggal 23 Disember lalu di Chalet Aiguille du Midi, Chamonix. Program yang bermula pada 20 Disember ini berlangsung selama 4 hari 3 malam dan sememangnya meninggalkan kenangan manis buat semua peserta. Seramai 114 orang peserta dari kalangan pelajar telah hadir untuk menjayakan dan memeriahkan program RDH buat kali keempat ini dan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di seluruh bandar di Perancis. Beberapa orang daripada peserta yang hadir merupakan pelajar non-muslim yang bersama-sama menyertai kami dan semestinya tidak ingin melepaskan peluang menyertai pelajar lain dalam mengisi cuti musim sejuk mereka dengan aktiviti bermanfaat dan penuh dengan ilmu pengetahuan dari kami.   Program RDH ini turut disertai oleh Pegawai Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Paris, En. Mohd. Shahir Shaari, Setiausaha PPL,…
Read More
Pertandingan Fotografi RDH 2014

Pertandingan Fotografi RDH 2014

2014, Rendez- Vous d'Hiver
Assalamualaikum wbt, Musim salju makin menghampiri dan kesejukan semakin terasa. Dan sedar atau tidak program Perhimpunan Musim Sejuk kita iaitu RDH 2014 bakal berlangsung kurang 2 bulan daripada sekarang! Di kesempatan ini team Media ARIF mengumumkan Pertandingan Fotografi RDH kini kembali tahun ini bertemakan "Nation of One"!  Jangan lepaskan peluang ini untuk menampilkan bakat-bakat fotografi anda. TERMA DAN SYARAT Kriteria gambar: 1) Nyatakan nama penuh, lokasi anda. 2) Nyatakan jenis kamera atau smartphone yang digunakan. 3) Tidak terlalu banyak caption sehingga menutupi fokus gambar. 4) Tidak terlalu banyak effects/edit/retouche, mestilah berpada-pada. 5) Gambar mestilah sopan dan tertib. 6) Bertepatan dengan tema : " Nation of One ". 7) Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut : i) keaslian gambar ii) 50% berdasarkan bilangan like di FB ARIF iii) 50% berdasarkan penilaian juri…
Read More
Kuliah Umum Besançon bersama Ustaz Wan

Kuliah Umum Besançon bersama Ustaz Wan

2014, AKTIVITI, Est
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izin dan kasih sayangNya, ARIF telah berjaya menganjurkan satu kuliah agama pada 24 april 2014 yang lepas. Sesi perkongsian ini menampilkan seorang ahli dalam bidang agama iaitu Ustaz Wan Hassan Wan Embong, seorang pensyarah di Fakulti Tamadun Islam UTM. Bertempat di  dewan seminar Hotel Florel di Besancon, kuliah ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 40 orang warga Besancon dan berlangsung dengan meriahnya selama dua jam setengah . Kami juga menyediakan siaran langsung menerusi Ustream bagi pendengar di luar Besancon. Sesi dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh saudara Akmali dan seterusnya beliau menyerahkan majlis kepada  Ustaz Wan. Selepas setengah jam, kuliah diberhentikan seketika untuk memberi laluan kepada solat maghrib berjemaah di dalam dewan. Di penghujung majlis, sesi penyampaian cenderahati oleh pihak…
Read More
Pertandingan Travelog ARIF 2014

Pertandingan Travelog ARIF 2014

2014, AKTIVITI
Bersempena Vacances de Printemps, buat julung-julung kalinya, ARIF membawakan kepada anda Pertandingan Travelog Printemps 2014! Kongsikan pengalaman anda bersama kami sebagai pengembara!Ceritakan pengalaman anda serta pengajaran yang baik dalam bentuk penulisan (cerpen), fotografi (instaARIF).   Tema: Colorful Life   Berikut merupakan syarat-syarat pertandingan bagi setiap kategori. Syarat-syarat Pertandingan Umum : Terbuka kepada semua rakyat Malaysia di France sahaja. Ahli Team Media dan HICOM ARIF dibenarkan menyertai pertandingan kecuali sekiranya mereka menjadi JURI yang dilantik. Peserta dibenarkan untuk menyertai kedua-dua kategori sekaligus Setiap karya yang dihantar kepada pihak kami tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik ARIF Pihak ARIF mempunyai hak untuk menggunakan hasil karya para peserta. Keputusan akhir pertandingan adalah muktamad berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Tarikh tutup penyertaan bagi Fotografi ialah 25 Mei 2014 dan cerpen 1 Jun 2014.…
Read More
Pasca OSEM 2.0

Pasca OSEM 2.0

2014, AKTIVITI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Dengan limpah rahmat dan kurnia daripada Tuhan, ARIF Orientation Seminar edisi ke-2 (OSEM2.0) telah selamat dilangsungkan di IUT Tours pada 6 April 2014. Majlis yang telah dipengerusikan oleh saudara Fahrul Najmi bermula pada jam 10.30 pagi setelah semua peserta dihidangkan dengan nasi lemak sebagai sarapan yang dibawakan khas oleh pegawai PPL/JPA Paris, En. Shahir. Bermula dengan bacaan doa pembukaan oleh saudara Amaluddin, majlis kemudiannya dirasmikan dengan ucapan alu-aluan oleh pegawai PPL/JPA Paris, En. Shahir dan juga ucapan dari ARIF Akademik yang disampaikan oleh saudara Qamar Najmi. Para peserta seminar diperkenalkan serba sedikit kepada khidmat-khidmat ARIF Akademik dan mereka juga digalakkan untuk menyumbang dalam projek terbaru iaitu ARIF Akademik Database. Sesi pembentangan panelis dimulakan dengan pembentangan dari saudari Yau Jun Jue, pelajar tahun akhir ESTACA Laval dalam…
Read More
Warmth for Syrian : Collect and Deliver

Warmth for Syrian : Collect and Deliver

2014, AKTIVITI, bantuankemanusiaan, Syria
Pihak ARIF mengadakan satu misi mengumpul pakaian terpakai untuk diberikan kepada pelarian Syria. Misi ini dilakukan sebagai sokongan kepada program anjuran Barakacity, sebuah badan sekurela berpusat di Evry.  Pihak Barakacity akan menghantar pakaian yang dikumpulkan kepada pelarian Syria. Pakaian yang ingin didermakan perlu dipastikan masih elok dan bersih.Pakaian yang tidak menepati syarat tidak akan dihantar oleh pihak Barakacity. Pakaian anda boleh dihantar kepada wakil ARIF dalam keadaan sedia untuk dipos (di dalam kotak sebaiknya). Wakil ARIF akan menguruskan penghantaran tersebut kepada BarakaCity. Kos penghantaran ditanggung oleh pihak ARIF. Untuk memastikan kelancaran urusan, pakaian tersebut mestilah dihantar kepada wakil di lokaliti anda selewat-lewatnya pada hari Isnin, 13 Januari 2014. Wakil kutipan ARIF mengikut lokaliti: Marseille : Syafiq Faiz dan Noor Sabarina Besancon : Izyan Syuhada dan Shahirul Harzlie Grenoble : Raja…
Read More