Program Ramah Mesra ARIF-Havre de Savoir

Program Ramah Mesra ARIF-Havre de Savoir

2013, AKTIVITI, Nord
Pada 27 hingga 29 Disember 2013 yang lalu, sebahagian Ahli Jawatankuasa Tertinggi ARIF France dan beberapa sukarelawan ARIF telah mengadakan lawatan untuk memperkayakan pengalaman ke Le Havre. Pada kesempatan ini, para peserta lawatan telah menziarahi ahli-ahli Persatuan Havre de Savoir. Havre de Savoir merupakan satu persatuan muslim di Le Havre yang dibentuk bertujuan menyampaikan mesej-mesej dan kefahaman Islam yang syumul, di samping mempamerkan nilai-nilai murni Islam kepada penduduk setempat. Havre de Savoir juga merupakan persatuan yang bernaung di bawah UOIF (Union des Organisations Islamiques de France), yang juga menjadi rujukan utama untuk hampir semua muslim di Perancis untuk penetapan waktu solat, kalendar hijrah, penentuan hari raya, hukum-hakam, fatwa dan sebagainya. Laman web Havre de Savoir : http://havredesavoir.fr/ Laman sosial Facebook Havre de Savoir : https://www.facebook.com/HAVREDESAVOIR Kami disambut dengan penuh mesra dan layanan…
Read More
Laporan Program Rendez-Vous d’Hiver 2013

Laporan Program Rendez-Vous d’Hiver 2013

2013, AKTIVITI, Rendez- Vous d'Hiver
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Alhamdulillah dengan izin dari-Nya Rendez-vous D’Hiver untuk sesi 2013 baru sahaja melabuhkan tirainya tanggal 24 Disember lalu di La Chaise Dieu, St Etienne. Program yang bermula pada 21 Disember dan berlangsung selama 4 hari 3 malam sememangnya meninggalkan kenangan manis buat semua peserta. Yang lebih menarik, program RDH kali ini diusahakan dengan kerjasama bersama persatuan Ikatan Pelajar Islam Poland (IPIP) dan ALIF Czech. Kerjasama ini memberikan satu impak positif yang besar kepada program ini. Seramai 199 orang peserta dari kalangan pelajar telah datang untuk menjayakan dan memeriahkan program RDH buat kali ketiga ini dan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Perancis, German, Czech Republik, Poland dan United Kingdom. Beberapa orang daripada peserta yang hadir merupakan pelajar non-muslim yang bersama-sama menyertai kami dan semestinya tidak…
Read More
Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir di Pahang

Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir di Pahang

2013, AKTIVITI, bantuankemanusiaan
Assalamualaikum wbt, Seperti yang diketahui ramai, keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan kira-kira 12 000 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di negeri tersebut. Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air akibat hujan tidak berhenti manakala Kemaman merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir di Terengganu berbanding Hulu Terengganu dan Dungun. Kami di pihak ARIF ingin mengajak saudara dan saudari untuk sama-sama menghulurkan sumbangan demi membantu rakyat Kuantan dan Kemaman yang ditimpa musibah. Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan…
Read More
Perjumpaan bersama Duta Besar Malaysia ke Perancis dan Seminar Kepimpinan Pelajar 2013

Perjumpaan bersama Duta Besar Malaysia ke Perancis dan Seminar Kepimpinan Pelajar 2013

2013, AKTIVITI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pada Khamis, 31 Oktober 2013 lalu, Kedutaan Malaysia Paris telah mengadakan sesi perjumpaan persatuan pelajar Malaysia di Perancis bersama Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tuan Yang Terutama (TYT) Tan Sri Haji Ismail b Haji Omar . Perjumpaan dihadiri oleh 5 orang wakil dari Persatuan ARIF dan 5 orang wakil dari Persatuan MASAF. ARIF telah diwakili oleh Presiden : Mohd Zulkhairi Roslan, Timbalan Presiden I : Masruddin Rahmat, Wakil ARIF Akademik : Muhammad Haziq Kamarul Zaman, Wakil Biro Multimedia & Penyiaran ARIF : ‘Azim Firdaus Mohd Noor, dan Wakil ARIF Besançon : Mohamad Syazwan Zafwan. Perjumpaan dimulakan dengan ucapan dari TYT Duta. Dalam ucapannya, beliau gembira dapat bertemu wakil pelajar Malaysia di Perancis dan memberi motivasi agar mempunyai visi dan misi yang besar dalam memimpin persatuan dan…
Read More
Laporan Sambutan Eidul Adha Peringkat Lokaliti

Laporan Sambutan Eidul Adha Peringkat Lokaliti

2013, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Assalamualaikum dan salam sejahtera,   Pada 19 dan 20 Oktober yang lepas, ARIF telah menganjurkan sambutan Aidiladha di peringkat lokaliti.  Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan aidiladha bersama rakyat Malaysia yang lain.  Kesempatan ini turut digunakan untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang baru tiba di lokaliti atau mereka yang baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Perancis untuk melanjutkan pelajaran. Sambutan Aidiladha di Besancon turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Penasihat Pendidikan dan Latihan di Paris, Encik Mohd Shahir Shaari.  Di dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar KPM dan MARA yang baru memulakan pembelajaran Bahasa Perancis di Besancon.  Beliau turut mengingatkan kepentingan kerjasama dan saling tolong-menolong di kalangan pelajar Malaysia kerana hidup di perantauan banyak cabaran dan isu yang perlu ditangani. Semoga sambutan Hari Raya Korban ini dapat menyemarakkan diri kita dengan semangat…
Read More
Rendez-Vous d’Hiver 2013 : Gathering Hearts and Minds

Rendez-Vous d’Hiver 2013 : Gathering Hearts and Minds

2013, AKTIVITI, Rendez- Vous d'Hiver
  Assalammualaikum dan selamat sejahtera Tanpa disedari dek waktu yang berlalu begitu pantas,sesi percutian sempena musim sejuk kian menghampiri kita ! Tentunya ini menggamit sinar bahagia di wajah pelajar-pelajar di serata Eropah. :) Pastinya saudara/saudari ingin mencari kelainan dan memanfaatkan dengan optima setiap detik percutian yang jarang kunjung tiba ini. Oleh itu, kami warga ARIF France dengan kerjasama ALIF Czech Republic ingin mengambil peluang keemasan ini untuk memeriahkan lagi ‘winter break’ anda dengan menjemput saudara/saudari ke program Rendez-Vous d’Hiver 2013 atau lebih dikenali dengan RDH 2013 ! Bertemakan ‘Gathering Hearts and Minds’, RDH kali ini menjanjikan kelainan daripada yang biasa. Pelbagai aktiviti- aktiviti indoors/outdoors yang menarik di samping perkongsian ilmu dan pengalaman yang mantap daripada penceramah jemputan menanti anda!! Selamat melakar memori indah bersama RDH 2013! INFO RDH 2013 Tarikh : 21-24 Disember…
Read More
Warga Baru Besac

Warga Baru Besac

2013, Est
Besançon ,7 Oktober 2013 Bandar yang kaya dengan budaya dan khazanah warisan ini telah menerima 30 orang pelajar baru yang terdiri daripada pelajar tajaan KPM dan MARA. Pertambahan warga baru ini sekaligus menjadikan Besançon sebagai salah satu bandar di Perancis yang mempunyai bilangan pelajar Malaysia paling ramai setakat ini. Pelajar di bawah tajaan KPM telah ditempatkan di Residence Crous manakala pelajar MARA ditempatkan di Residence La Casotte. Mereka telah memulakan sesi pembelajaran di Centre Linguistique Appliquée (CLA) bermula Isnin 7 Oktober 2013 yang  lepas. Pertambahan bilangan pelajar ini dilihat positif bagi menaikkan reputasi Besançon sebagai teras perkembangan Bahasa Perancis di kalangan rakyat Malaysia. Diharapkan semua pelajar di sini berusaha untuk berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajari untuk mempercepat dan mempermudah pembelajaran di universiti. [caption id="attachment_3279" align="aligncenter" width="500"] Ketibaan Pelajar KPM[/caption] [caption…
Read More
Laporan Sambutan Raya MFI 2013

Laporan Sambutan Raya MFI 2013

2013, AKTIVITI
Pada hari ahad, 8 September 2013 yang lepas, para pelajar PF12 telah menganjurkan sambutan raya bagi semua pelajar-pelajar yang sedang menjalani kursus persediaan ke Perancis di Malaysia France Institut (MFI), Bangi. Acara telah bermula pada pukul 11.30 pagi. Terlebih dahulu beberapa siri perjumpaan telah diadakan bersama ahli jawatankuasa majlis, yang juga merupakan HICOM Association des Etudiants PreFrance (ADEPF) sesi 2013/2014 bagi tujuan membincangkan perjalanan majlis secara keseluruhannya. [caption id="attachment_3244" align="aligncenter" width="500"] Timbalan Presiden 2 ARIF bersama HICOM ADEPF[/caption] Kembali kepada sambutan raya, acara ini telah dihadiri mantan Timbalan Presiden 2 ARIF, saudari Ummu Salamah Zubir, wakil ARIF, saudari Isma Adani Nazri, bekas pelajar UJF Grenoble. Turut serta adalah saudari Nuurizzati Surani, bekas pelajar ENSIACET. Majlis turut diserikan oleh VIP yang diundang dari MFI, juga barisan tenaga pengajar kursus PreFrance. [caption…
Read More
Sortie de Paris FP14

Sortie de Paris FP14

2013, AKTIVITI, Centre
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 15-17 Ogos yang lalu, satu program yang dinamakan ''Sortie de Paris'' telah dianjurkan untuk pelajar-palajar baru FP14. Program ini dianjurkan oleh ARIF France untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar junior yang baru sampai di Perancis untuk menerokai ibu negara Perancis, bandar raya Paris bersama beberapa orang pelajar senior. Seramai 10 orang pelajar FP14 dan 5 orang pelajar senior telah menyertai program yang berjalan selama 3 hari ini. Antara tempat-tempat yang telah kami lawati ialah La Tour Eiffel, Notre Dâme, La Défense, Arc de Triomphe, Sacré Coeur dan banyak lagi. Mereka juga berpeluang menaiki bot mengelilingi bandar Paris. Selain itu, mereka juga berpeluang melawat Kedutaan Malaysia di Paris disamping beraya di rumah Pegawai JPA di Paris, En. Shahir.     Program ini berjaya memupuk semangat ukhuwah dan…
Read More
Jalan-jalan di Marseille

Jalan-jalan di Marseille

2013, Sud
Seramai 10 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan dari Nice, Aix, Marseille dan Toulouse telah menyertai Sortie Les Calanques ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah lawatan menaiki bot untuk melihat Les Calanques, bersiar-siar di bandar Marseille dan piknik di tepi pantai Prado. Ribuan terima kasih kepada semua yang turut serta memeriahkan program ini. Semoga ia memberi seribu kenangan dan merapatkan lagi hubungan sesama pelajar-pelajar di Sud.
Read More