Memoir Manis RDH’11 (Brothers 3)

2011, AKTIVITI, Rendez- Vous d'Hiver
Riang bersama =) Pada pagi 19 Disember 2011, saya dan rakan-rakan yang lain bergerak untuk menyahut seruan pihak ARIF dengan meredah salji untuk pergi ke Gare Besancon Viotte. Bagi para pelajar dari Colmar, pagi itu merupakan pengalaman mereka yang pertama meredah salji yang begitu tebal dan sejuk, namun ianya tetap tidak memadamkan api semangat yang berkobar-kobar di dada. Pada hari itu jugalah bermulanya program Rendez-vous d’Hiver yang pada mulanya saya sangka hanyalah sebuah program biasa seperti yang lain, dan jangka masanya agak panjang, iaitu empat hari. Namun siapa sangka, sangkaan saya ternyata salah sama sekali. Berdebar-debar sekali hati saya menantikan tentatif aktiviti-aktiviti sepanjang program. Sama sekali berbeza daripada apa yang biasa dianjurkan yang kadang-kadang mengundang kebosanan melanda di minda, kami disajikan dengan ilmu-ilmu yang tidak pernah terfikir oleh si minda,…
Read More

Memoir Manis RDH’11 (Brothers 2)

2011, AKTIVITI, Rendez- Vous d'Hiver
Diari picisan seorang pendosa RDH dan natijah di sebaliknya Bisontin _________________________________________________________ Walaupun program itu telah berlalu hampir sebulan lamanya, namun nostalgia dan kenangan yang terhasil di sana acapkali menjengah bayangan minda dan bermain-main di tubir mata. Di program inilah aku mengenal erti berkeluarga, semangat bersaudara, dan mengenali erti islam sebenar yang menyeluruh. Masih terakam jelas dalam otak ini sewaktu aku menerima undangan program Rendez-Vous d’Hiver untuk pertama kalinya.Aku mengenalinya pun berdasarkan seorang kenalan yang mesra dengan panggilan Mali, salah seorang mahasiswa yang berjuang di bumi heksagon ini. Pada awalnya aku menolak mentah-mentah cadangan itu kerana sikap pesimisku. Berlandaskan tema Rendez-Vous d’Hiver ini yang bertujuan menekankan aspek keislaman dan teras pembangunan ummah, aku jadi kelu. Aku dapat membayangkan tetamu-tetamu dan peserta program ini ialah mereka yang hebat dalam agamanya,berserban,berjubah,berkopiah,dan hebat berhujah…
Read More

Memoir manis RDH’11 (Brothers 1)

2011, AKTIVITI, Rendez- Vous d'Hiver
Bersama-sama rakan-rakan yang lain 19 Disember 2011 sememangnya satu tarikh yang akan terpahat di memori diri ini untuk selama-lamaya. Mengapakah tanggal 19 Disember ini begitu signifikan untuk diri saya? Tarikh ulang tahun perkahwinan ? Tarikh hari jadi ? Peristiwa apakah yang telah memberi 1001 impak kepada saya, seorang pelajar Malaysia yang kini berada di Besancon, bakal seorang guru bahasa Perancis? Pada tanggal inilah telah bermulanya program yang julung-julung kalinya diadakan, Rendez-Vous d’Hiver 2011, satu program yang telah berjaya mengumpulkan segenap pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka di Bumi Perancis ini. Apakah keistimewaan program ini sehingga membuatkan saya perlu mengingati tarikhnya? Pertamanya, dalam program yang dianjurkan oleh ARIF, dari aspek persahabatan, tidak dapat tidak kita dapat meluaskan jalur kenalan kita yang selama ini hanya tertumpu pada kawasan tertentu sahaja. Hal ini…
Read More

Memoir Manis RDH ’11 (Sisters)

2011, AKTIVITI, Rendez- Vous d'Hiver
Bismillahirrahmanirrahim. 19 Disember 2011 Fajar segan silu memancar namun sungguh, pagi ini adalah satu saat yg indah, mengujakan dan sibuk buat kami. Mengapa? It’s RDH time! Pakaian, ubat-ubatan, Al Quran, alat tulis, kamera…ainsi de suite (oh, gaya macam banyak barang…) siap disusun di dalam bagasi. Oh ya, carte 12-25 ans jangan sesekali dilupa. Dan akhir sekali pelukan “I’ll miss you” diberikan kepada bilik kesayangan. Cabaran musafir bermula. Kereta api daripada pelbagai arah, TGV, TER mahupun Corail Lunea meluncur laju ke penjuru Massif Central Perancis. Dari gerabak ke satu gerabak kereta api, tidur-tidur ayam, celik dan tertidur kembali kemudian seterusnya melompat keluar dari train, masuk ke perut bas…tadaaaa…sampai pun kami di La Chaise-Dieu, 2 jam daripada Lyon. Ah, osemmmnyee! Setibanya di bandar itu, panorama salju putih bersih menyambut kami. Berjanggut menunggu…
Read More

Sambutan Hari Raya Aidil Adha

2011, AKTIVITI, Centre, Est, Nord, Ouest, Sud
Salam wbt et Bonjour, Bersempena hari raya aidiladha tanggal 6 november 2011 yang lepas, sambutan telah dilakukan di peringkat lokaliti bagi merayakan hari yang mulia didalam kalender Islam ini. Kami telah menerima laporan dari pelajar-pelajar dilokaliti berbeza, dan ingin kami kongsikan kemeriahan sambutan mereka disini. Thanks for sharing the enjoyments, hope that we found something meaningful in commemorating the willingness of Ibrahim to follow Allah's command! Toulon Sambutan raya haji kami bermula seawal tengah malam 5 hb november dengan penyediaan juadah untuk jamuan hari raya keesokan harinya. Seusai solat subuh dan menyiapkan diri, kami menuju ke gymnase J. Troin di La Garde untuk solat raya haji pada pukul 8pagi. Kami sangat bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk bersama-sama bertakbir dan menunaikan solat sunat hari raya haji dengan masyarakat muslim…
Read More

Tempoh Pendaftaran RDH Kini Dilanjutkan!

2011, AKTIVITI, Rendez- Vous d'Hiver
Salam wbt, salam sejahtera rakan-rakan sekalian, Atas permintaan ramai dan respons yang amat menggalakkan, ARIF dengan sukacitanya mengumumkan bahawa tempoh pendaftaran untuk ke program yang julung-julung kalinya diadakan di France ini dilanjutkan ke 20 / 11 / 2011 (Ahad) dan anda yang berminat haruslah menunaikan yuran pendaftaran sebelum 22 / 11 / 2011 (Selasa). Bagi mereka yang telah mendaftar, jangan lupa untuk melunaskan bayaran yuran pendaftaran anda secepat mungkin :-) Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini. 160 orang telah mendaftar, pastikan anda tidak ketinggalan!  
Read More

RDH 2011 : Pendaftaran Kini Dibuka!!!

2011, AKTIVITI, Rendez- Vous d'Hiver
Update terkini: Hampir 100 sudah mendaftar untuk RDH 2011… jika berminat untuk mendaftarkan diri, sila rujuk kpd link di bawah Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. =) Persatuan ARIF dengan sukacitanya ingin menjemput semua rakyat Malaysia muslim di Perancis ke program Rendez-vous d’Hiver (RDH) ARIF 2011. Program berbentuk “winter camp” yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengumpulkan para pelajar Islam Malaysia serata Eropah bagi mengeratkan hubungan dan bertukar-tukar pendapat, disamping mengisi masa cuti dengan aktiviti bermanfaat. RDH ARIF 2011 dijangka akan dihadiri oleh 150-200 orang pelajar dari Perancis, dan juga penyertaan dari beberapa negara jiran seperti Sepanyol, Jerman dan Morocco. Butir-butir program adalah seperti berikut :  Nama Program : Rendez-vous d’Hiver (RDH = Pertemuan Musim Sejuk) Tarikh : 19 - 22 Disember 2011 (bermula Isnin jam 12 tengahari dan berakhir Khamis jam…
Read More