Bunyanul Islam Ala Khamsin

Home / TAZKIRAH / Ibadah / Bunyanul Islam Ala Khamsin

“Aku ingat, aku nak buat rumah.” kata Radzi, pada satu malam yang hening.

Melompat Shahrul dan Hazim dari tempat duduk mereka yang saat itu sedang sibuk ‘menggoreng’ gitarnya.

“kau biar betul, Aji!! Engko nak kahwin ke?”

 Kemudian, ruang tamu rumah bujang nombor 6,Jalan Kenanga itu dipenuhi dengan semua penghuninya. 8 orang semuanya. kecoh. panik. Aji nak kahwin!

*         *       *

 “Aku dengar Aji nak kahwin, Sya.” bisik Shila kepada rakannya. Sya mencuka. Bukan Sya tak tahu, perkara itulah yang menjadi bahan pertengkarannya dengan Aji sejak dua minggu yang lalu.

“tau..” balas Sya, lemah. Shila memegang bahu rakannya itu.

“tak guna kan Aji tu. laki semua memang sama je. bercinta dengan kita macam nak rak. nak kahwin dengan orang lain pulak!” kata Shila.

Padahal dalam hatinya, bukan marah betul pada Aji. tapi pada Hazim, pengarang jantungnya. senang-senang pula dia terpengaruh dengan Aji. ah, bukan Hazim seorang, Shahrul, Faiz, Mat Bok, semua yang dalam rumah bujang nombor 6, sekarang dah gatal nak kahwin!

Sya memandang rakannya Shila dengan dahi berkerut-kerut. “Engkau tu marah sebab Ajim. bukan Aji. Sedap pulak nak kutuk aku punya.” Shila diam. Kantoi pula.

“Takpelah Shila..” kata Sya, perlahan. Matanya berair lagi. Shila merengus-rengus. niatnya bertanya tadi, supaya dapat mencetus kemarahan Sya, bolehlah bersama-sama mereka mengutuk. tapi, apa nak buat, dia kenal rakannya itu.

*           *        *

“Nak buat rumah kena ada foundation dia.” kata Khairul, sebagai mukadimah. nampaknya dia tak mampu lagi bertahan melihat adiknya, Sya, menangis diam-diam di balik bantal di biliknya. Cepat saja kakinya melangkah, mahu bertemu dengan Aji. Tapi Khairul bukanlah lelaki yang suka marah-marah. hatinya ditenang-tenang.

Aji membetulkan silanya di hadapan Khairul. diam. mendengar dengan taat.

baru saja Khairul ingin menyambung, tiba-tiba pintu rumah bujang yang tak pernah tertutup itu, diketuk orang. tok.. tok..

“Assalammualaikum…”

“Waalaikumsalam…” mereka menoleh, “eh,Izzu, buat apa kat sini?” kata Khairul, sedikit terperanjat.

Aji menggaru-garu kepalanya. macam mana pulak abang si Sya boleh kenal dengan saudaranya, Izzu yang baru pulang dari Manchester itu? hebat pulak Izzu ni, cakap sikit saja, Khairul yang pada awal kedatangannya, mukanya resah, macam nak marah, tapi boleh pulang, siap peluk erat dirinya. ditepuk-tepuk bahunya, seraya berbisik

‘Bina rumah baik-baik, Aji..’

*          *         *

Aji terlantar, baring. letih. hari ini, restoran pelanggan penuh. penat dia kesana kemari menyalin pesanan pelanggan yang datang dengan perut kosong dan nafsu tinggi. sedang dia berehat-rehat, wajah Sya menjelma. silih berganti dengan wajah Izzu, kemudian wajah emaknya di kampung. terngiang-ngiang di kepalanya bait-bait perkataan itu, tiga bulan yang lepas.

Izzu adalah saudara dari belah arwah ayahnya. Keluarga Izzu biasa-biasa sahaja. duduk di Selangor. Selalu juga pulang ke taiping, singgah melawat mereka. Tapi Izzu paling jarang ditemuinya. maklumlah, saudaranya itu bijak sedikit. dapat biasiswa ke Manchester. Aji sikit pun tak cemburu. Memandangkan waktu itu, tak mahu dia tinggalkan arwah ayahnya yang sakit-sakit untuk belajar di negara lain.

“Macam mana manchester? dapat awek mat salleh tak?” gurau Aji.

“Haha, ada pulak awek mat salleh nak pandang aku.” jawab Izzu. “kau ape khabar? ok?” tanya Izzu lagi.

“Okaaaay.. takde hal.” kata Aji, tenang. Dia memandang emaknya yang becok bercakap dengan saudara-maranya yang lain. Emaknya tidaklah tua sangat. Bekerja pejabat. Cukuplah untuk menanggung keluarga. lagi, siapa pun yang ada, emaknya dan dirinya sendiri saja. Aji sendiri sedang bekerja kecil-kecilan.

 

 

Malam itu, Izzu tidur di rumahnya. jam sudah 2 pagi, tapi Izzu masih sedang menghadap komputer riba warna kelabu bersimbol buah epal itu di ruang tamu kecil rumahnya. Aji bangkit dan duduk di sebelah Izzu.

“Eh Aji, aku kacau kau tidur ye? sorry sorry.. aku cuba cakap perlahan-lahan.” bisik Izzu. mukanya penuh rasa bersalah. Aji menepuk-nepuk bahu Izzu dan tersengih.

“Tak de ah. tak kacau. amende kau buat ni. dah kol 2 pagi.” mata Aji melihat skrin komputer riba Izzu, terpampang di hadapannya skrin Skype.

 

“Nah, amek ni, dengar la sekali. kalau tak best, takpe. pegi sambung tido balik.” kata Izzu sambil mencucuk sebelah lagi ‘earphone’ ke telinga Aji.

“Assalammualaikum, Aji ye? cousin Izzu?” Aji terkejut. teknologi apakah ini, siapa tu? Izzu tergelak melihat saudaranya pucat, terpisat-pisat mendengar suara dari komputernya.

‘jawablah, komputer aku ada mic. aku dah unmute, hah cakap..cakap.” kata Izzu.

“err waalaikumsalam… yee. saye Aji. siape tu.. hihihi.” Aji terkekeh di hujung bicara. malu kot. kedengaran kekehannya itu disambut 3 4 orang yang lain.

‘woih, berapa ramai yang ada ni.’ tanya Aji kepada Izzu. ‘6 orang. 7 termasuk kau la.’ bisik Izzu, tersenyum.

 Malam itu, Aji berkenalan dengan rakan-rakan Izzu. Aji jadi kagum, pukul 2 pagi di malaysia, baru pukul 9 malam (-1 hari) di Manchester. sanggup Izzu bersengkang mata, sebab nak bersama-sama dengan mereka di alam maya. mereka bukan layan blue atau porno, tapi jauh sekali, bercakap tentang islam. walaupun kekok pada mulanya,  Aji jadi seronok. tak pernah dia rasa keseronokan yang manis macam itu.

“Bunyal islam ‘ala khamsin…” kata Zamir. Aji mengagak, tentu Zamir ini ketua mereka, kerana banyak percakapan, Zamir yang mengetuai.

 

“ok, Aji.” aji tersentak, Zamir memanggilnya. “ada pensel ngan kertas tak?”

 Aji mendekatkan mulutnya pada komputer riba Izzu dan berkata, “ada ada. saya copek Izzu punye ni.”Zamir tertawa.

 

“ok, dengar cerita, Aji budak LK (lukisan kejuruteraan) kan dulu.” Aji mengangguk-angguk kemudian menggeleng-geleng, eh, mana Zamir nampak dia sedang mengangguk, “aah, ye saye. nak suruh saya lukis ke ni?”

 

“ye. bukan Aji sorang, orang lain pun, nak mintak lukis jugak. Izzu tak payahlah, tengok Aji je la lukis. haha.” Izzu gelak kecil.

 

“okay, kite nak bina rumah ni. skang, cube lukis foundation. lepas tu, atas foundation lukis 5 tiang rumah, lengkapkan lukisan tu dengan atap.”

 

3 minit.

 

“cantik ohh Aji lukis.” Aji menyembunyikan lukisannya daripada Izzu tapi cepat Izzu menepis. “siap colour sketch-sketch gitu.” muka Aji terasa panas. ‘lebih pula si Izzu ni mengusik aku.’

 

“alhamdulillah. kalau dah siap, tenung lama-lama lukisan antum semua. agak-agak dah lengkap belum antum semua membina rumah tu?” tanya Zamir.

 

Aji merenung lukisannya. Izzu juga. makin lama makin ditenung dia terasa kosong. tak tahu apa yang perlu difikirnya. kemudian dia bersuara memecah kesunyian,

 

“macam tak berseri je rumah. ah, sebenarnya tak faham.”

 

“kan? macam tak berseri kan? macam takde makne je lukis-lukis ni. buat ape kan? betul dah tu Aji. sebenarnya, sebab kita tak paham, benda yang kita tengah buat ni. itulah masalah kita.” Zamir menarik nafas perlahan.

 

“sebenarnya ada kaitan dengan apa yang nak disampaikan. hah, dengar ni…”

“ok, cuba tengok lukisan tu balik.” arah Zamir. “cuba bayangkan perbuatan kita membina rumah tu sebenarnya adalah perbuatan kita membina Islam. baik, sekarang, cuba lambangkan, dalam nak membina islam ni, apa benda yang jadi foundation, apa benda yang jadi tiang and apa benda yang jadi atap?”

aji menggaru-garu kepala. dia hulurkan pensel kepada izzu. izzu menconteng-conteng lukisannya. aji membaca coretan izzu, dia melihat izzu menanda asas bangunan sebagai iman, 5 tiang sebagai rukun islam dan di sebelah atap, izzu melukis tanda soal.

“ok, sebenarnya, foundation rumah tu lambang akidah kita. 5 tiang tu rukun islam kita dan atap tu ibadah dan akhlak kita. cuba kita tanya budak civil engineering, boleh tak bina rumah takde foundation? hah, ali. boleh tak?”

aji mendengar yang namanya ali menjawab, “aduh, kena pinpoint. haha. emm, bina foundation tu bende asas kot nak bina rumah. kalau tak de foundation, rumah tu tak stabil. foundation ni sebenarnya fungsi dia nak stabilkan satu, tapi satu lagi sebab foundation ni yang tanggung segala berat and beban (charges) bangunan tu untuk dibumikan.”

izzu dan aji bertepuk-tepuk tangan. fulamak penerangan ali. sebelum ini, langsung tak tahu menahu pun.

“hah, dengar kan. kira foundation ni, bukan setakat stabilkan bangunan, tapi ala-ala meneutralkan segala beban bangunan, macam ‘bersihkan’ rumah tu la. sebijikla macam akidah kita. kalau akidah kita betul dan baik, lepas tu kukuh pulak, maka agama kita makin stabil. sebab setiap kali ada beban/berat/dosa yang muncul, akidah kita yang tentukan, sama ada untuk lenyapkan beban tu atau nak menggalakkan kita buat lagi benda tu. akidah kena kukuh. base kena kuat. boleh?” zamir bertanya.

“boleh.” kata izzu sambil menaip di skrin komputer ribanya. dia memandang aji, ‘engkau ok lagi tak?’ aji menunjuk tanda bagus dengan ibu jarinya.

“hahhh, yang 5 tiang ni, ini paling banyak orang kita keliru. banyak kita jumpa, umat islam kita, asal buat 5 rukun islam ni, kira islam kita dah cukup. titik.

Aji memegang dadanya. ‘aduh, pedihnye perkataan-perkataan zamir ni.’ muka izzu pun turut berubah.

“kalau macam rumah ni, hah tengok balik lukisan kita tu, kalau takde atap, cube kita tunjuk lukisan tu kat adik kecil kita, tanya dia, ‘dik, ni rumah abang lukis’. konfem kena gelak. sebab budak sekecil tu pun tahu, benda yang ada tiang, ada foundation tapi tak ada atap, tak ada rupa sebuah rumah pun.”

Zamir menyambung,

 “itu sebab, penting kita sertakan sekali dengan akhlak kita, dengan ibadah sunat yang lain macam sedekah, saling menasihati antara orang sekeliling, adab… tak apa kita tak sempurna, tapi, yang penting, Allah tengok usaha kita. cuba tengok hadis ni. untung kita, bahasa kita ala-ala macam bahasa arab. bunya… bina.. bangunkan.. islam.. ‘ala.. ‘ala maksudnya atas dalam bahasa arab. khamsin.. hah macam hari khamis.. cuba kira, ahad.. wahid tu satu, hah kira ah hari ahad sampai khamis, ada lima. so, bina islam di atas lima perkara. yang kat atas lima tu pun penting, nak lengkapkan! tak boleh lupa.”

aji terkesima. masyaallah, katanya di dalam hati. tak terfikir langsung dia akan mendapat kupasan seumpama itu. aji terfikir, kalau dia terbaca hadis 3 (yang mungkin tak akan terjadi sebab tak ada ocassion) itu, takkan dia terfikir makna sebegitu.

 

 

“mir..” tiba-tiba ada satu suara lain yang menjelma.

“ya, syahid. ada soalan?” kata zamir.

“rumah tu kan, akan lengkap, akan sempurna bila dah bina tiga-tiga benda ni. tapi macam kita tau la kan, akidah kita, susah kita nak ukur. maksudnya, kita tak tau bila agaknya akidah kita dah sempurna. maksud aku, akidah kita dah betul, insyaallah..aminnn.. tapi nak capai sempurna tu, Allah je boleh ukur. so, kiranye peluang aku nak lengkapkan rumah ni, ada ke? kiranya, aku risau la, jap gi sampai tuhan tutup mata aku, islam aku tak sempurna-sempurna.” luah syahid.

“alhamdulillah, untuk refleksi tu. sebab tu la, proses nak membina rumah ni, tak pernah berhenti. kalau kita boleh ukur keimanan kita, contohnya, esok, check-check, ohh, dah cukup dah iman. 5 tiang pun ada. atap pun dah ada. lepas tu, lusa pun, kita berhenti bina rumah. maksudnya, kita berhenti bina islam? boleh ke?”

 

‘eh logik jugak budak ni.’ kata aji perlahan. izzu tersengih dan berkata,

“so, kesimpulannya, jomlah kita bina rumah!”

 

 

*               *              *

“alhamdulillah.” kata aji sambil memandang khairul.

 

rupa-rupanya khairul, abang sya, mengenali izzu daripada satu program waktu cuti musim panas izzu dulu. patutlah, izzu cakap sikit saja dah faham. ‘sefikrah’. barulah khairul tahu, segalanya salah faham. aji bukan nak bina rumah, kahwin, tapi nak bangunkan islam. bahkan, aji umpama abu dzar pulak yang berjaya mempengaruhi 7 orang rakan serumahnya untuk ‘membina rumah’.

 

cepat-cepat dia menerangkan kepada sya, tentang hadis 3. tak pasal-pasal adiknya itu juga yang terpengaruh nak ‘membina rumah’.

 

“sya, depan abang awak ni, bismillah… saya nak tanya… nak tak, lepas ni, bina rumah sama-sama dengan saya pulak?”

 

Sya senyum simpul, tunduk. tanpa berkata apa-apa, Sya berlalu pergi. tapi masih tersenyum.

 

khairul menepuk-nepuk bahu aji. “wah, lepas ni, kita buat bisnes family lah ni. kena tukar kerja, jadi civil engineer la plak!” kemudian mereka saling tertawa.

 

-TAMAT-