BILA ORANG PERANCIS BERBUKA MASAK LEMAK (VIDEO)

Home / AKTIVITI / 2017 / BILA ORANG PERANCIS BERBUKA MASAK LEMAK (VIDEO)

Pada tanggal 2 Jun 2017, masyarakat Malaysia dan Brunei di Besancon telah menyediakan juadah berbuka puasa buat jemaah Masjid Fontaine-Ecu. Aktviti kemasyarakatan yang diberi nama MASAK LEMAK 2.0 ini dianjurkan buat kali kedua selepas diadakan pada ramadhan tahun yang lalu.

Seusai solat asar, mereka telah bergotong-royong menyediakan juadah berbuka yang terdiri dari sup sayur, ayam masak lemak, nasi jagung, onde-onde dan agar-agar.

Di samping berpeluang untuk beramal pada bulan Ramadhan, masyarakat Malaysia dan Brunei dapat menjalinkan hubungan dengan masyarakat Muslim tempatan di sini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *