ARIF SOKONG TN50 UNTUK LAHIRKAN GOLONGAN PRO-HUFFAZ

Home / MEDIA / Kenyataan Media / ARIF SOKONG TN50 UNTUK LAHIRKAN GOLONGAN PRO-HUFFAZ

ARIF menyokong sepenuhnya ​saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan usaha kerajaan yang ingin melahirkan 125,000 Huffaz menjelang 2050 sebagai daripada salah satu dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Gambar oleh Bernama

Menurut beliau, huffaz yang ingin dihasilkan bukanlah untuk menjadi imam atau guru agama semata-mata, tetapi ia juga sebagai berperanan dalam dunia profesional seperti doktor dan jurutera.

Golongan Pro-Huffaz ialah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing serta memiliki kefahaman mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran yang dihafal sehingga terbentuk kefahaman Islam yang syumul dan sahsiah terpuji. Ini adalah penting bagi melahirkan sebuah generasi yang mampu membangunkan sebuah negara yang sejahtera, aman, harmoni dan mendapat keberkatan serta pengampunan daripada Allah.

Ini adalah selari dengan wawasan ARIF yang meletakkan aspek tarbiah (pendidikan) sebagai teras kepada pembinaan negarawan bernilaikan insaniah, bagi membina sebuah negara rahmah.

Kita berharap suatu hari nanti, Malaysia memiliki seorang Perdana Menteri yang menghafaz al-Quran sekaligus meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara Islam yang lain yang juga memiliki pemimpin huffaz seperti Recip Tayyip Erdogan (Presiden Turki) dan Mohamad Morsi (bekas Presiden Mesir yang digulingkan melalui ‘coup d’état’)

“Kalau 125,000 Huffaz sebagai tenaga kerja profesional insya-Allah Huffaz menjadi Menteri Kabinet suatu hari nanti, dengan PM (Perdana Menteri) pun orang hafal Al-Quran supaya mereka memimpin kita dengan lebih baik,” tambah Datuk Seri Dr Ahmad lagi.

ARIF juga ingin mengajak semua warga rakyat Malaysia beragama Islam untuk berusaha menghafaz dan memahami ayat-ayat suci Quran, sehingga menjadi Quran yang bergerak.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *