AKTIVITI

Home / AKTIVITI
Laporan Bergambar : Program SUPER (Summer Camp International) 2017

Laporan Bergambar : Program SUPER (Summer Camp International) 2017

Uncategorized
Alhamdulillah, telah berlangsung program SUPER (Summer Camp Internasional) 2017 pada 7-9hb Ogos yang lepas. Kem ini berobjektifkan kepada pembinaan generasi muda sebagai mahasiswa cemerlang dan pemimpin masa depan negara. Mahasiswa daripada 6 negara (Canada, France, Mesir, Mekkah, Poland) telah menyertai Kem 2 hari ini yang dianjurkan hasil kerjasama ARIF France, AMAR Poland, AKIF Turki, ALIF Czech dan juga Kelab IKRAM Mesir. Dimulakan dengan sesi "Building connection of Youth from different countries", para peserta dapat mengenali semua peserta yang berlatarkan negara yang berbeza. Saudara Anas dan Zairul yang merupakan presiden AMAR POLAND dan ketua AMAR Rohani turut memberikan sharing tentang aktivisma dan kepimpinan di negara poland. Malam itu, dimulakan dengan talk "The History of Youth Education", menceritakan tentang keadaan perkembangan pendidikan di bumi Malaysia dan kepentingan untuk membina generasi muda sebagai…
Read More
KELEBIHAN IBADAH KORBAN

KELEBIHAN IBADAH KORBAN

Uncategorized
Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah SWT: فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Al-Kauthar 108:2) Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahin AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah SWT. Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban. Untuk itu, di sana terdapat beberapa buah hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan berkorban. Antaranya, daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ…
Read More
BAGAIMANA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH DI PERANCIS?

BAGAIMANA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH DI PERANCIS?

2017, FIQH LUAR NEGARA, KEHIDUPAN, Kembara & Survival, Ramadhan, TAZKIRAH
Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya, anak bulan Syawal bakal menunjukkan dirinya tidak lama lagi. Bagi yang di Malaysia, pasti sedang sibuk menyediakan kelengkapan hari raya. Di sini pula, mungkin sudah ada yang merancang sambutan Hari Raya bersama komuniti Malaysia di lokaliti masing-masing. Walau di manapun kita berada, perlu diingat salah satu kewajipan utama menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Zakat fitrah merupakan salah satu rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh mereka yang mampu. Tempoh bayaran zakat fitrah bermula dari 1 Ramadhan sehingga pagi 1 syawal sebelum solat sunat aidilfitri ditunaikan. Kadar bayaran zakat fitrah dinyatakan dalam sepotong hadis sahih dari (Abdullah) Ibn Umar r.a., “Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah, satu sho’ (gantang) dari buah tamar atau satu sho’ (gantang) dari sya'ir (sejenis gandum), atas tiap-tiap seorang hamba abdi atau…
Read More
BILA ORANG PERANCIS BERBUKA MASAK LEMAK (VIDEO)

BILA ORANG PERANCIS BERBUKA MASAK LEMAK (VIDEO)

2017, AKTIVITI, Est
Pada tanggal 2 Jun 2017, masyarakat Malaysia dan Brunei di Besancon telah menyediakan juadah berbuka puasa buat jemaah Masjid Fontaine-Ecu. Aktviti kemasyarakatan yang diberi nama MASAK LEMAK 2.0 ini dianjurkan buat kali kedua selepas diadakan pada ramadhan tahun yang lalu. Seusai solat asar, mereka telah bergotong-royong menyediakan juadah berbuka yang terdiri dari sup sayur, ayam masak lemak, nasi jagung, onde-onde dan agar-agar. Di samping berpeluang untuk beramal pada bulan Ramadhan, masyarakat Malaysia dan Brunei dapat menjalinkan hubungan dengan masyarakat Muslim tempatan di sini. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Read More
ARIF SOKONG TN50 UNTUK LAHIRKAN GOLONGAN PRO-HUFFAZ

ARIF SOKONG TN50 UNTUK LAHIRKAN GOLONGAN PRO-HUFFAZ

Kenyataan Media, MEDIA
ARIF menyokong sepenuhnya ​saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan usaha kerajaan yang ingin melahirkan 125,000 Huffaz menjelang 2050 sebagai daripada salah satu dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50). Gambar oleh Bernama Menurut beliau, huffaz yang ingin dihasilkan bukanlah untuk menjadi imam atau guru agama semata-mata, tetapi ia juga sebagai berperanan dalam dunia profesional seperti doktor dan jurutera. Golongan Pro-Huffaz ialah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing serta memiliki kefahaman mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran yang dihafal sehingga terbentuk kefahaman Islam yang syumul dan sahsiah terpuji. Ini adalah penting bagi melahirkan sebuah generasi yang mampu membangunkan sebuah negara yang sejahtera, aman, harmoni dan mendapat keberkatan serta pengampunan daripada Allah. Ini adalah selari dengan wawasan ARIF yang meletakkan aspek tarbiah (pendidikan) sebagai teras kepada pembinaan negarawan bernilaikan insaniah, bagi…
Read More
TAHNIAH KEPIMPINAN BAHARU MASAF

TAHNIAH KEPIMPINAN BAHARU MASAF

2017, Kenyataan Media, MEDIA
Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baharu MASAF. Semoga kepimpinan baharu ini mampu mengangkat MASAF pergi lebih jauh dalam membangunkan pelajar Malaysia di Perancis. Saya percaya, mereka yang telah dipilih pada pilihan raya umum yang baru sahaja selesai ini mampu menggalas tanggungjawab dan melaksanakan peranan mereka sebaik mungkin. Kebanyakan calon yang terpilih ternyata adalah mereka yang berpengalaman dan pernah bekerja bersama MASAF sebelum ini. Jadi, saya yakin mereka ini akan memberikan sepenuh kudrat dan upaya dalam menggerakkan organisasi ini. Diharapkan juga, dengan pucuk pimpinan ini, MASAF dan ARIF dapat terus bekerjasama dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti serta program yang bermanfaat buat seluruh rakyat Malaysia di Perancis secara umum dan golongan mahasiswa secara khusus. Saya akui, ARIF sepanjang sesi agak kurang berkolaborasi bersama MASAF. Kelemahan ini sememangnya datang dari pihak…
Read More
PELAJAR MALAYSIA DINOBAT PENYAMPAI TERBAIK

PELAJAR MALAYSIA DINOBAT PENYAMPAI TERBAIK

2017, AKTIVITI, Est
Tahniah diucapkan kepada Penasihat ARIF France, saudara Akmali Mokhter setelah dinobatkan sebagai penyampai terbaik kategori saintifik sempena La Journée de Savoir di Dijon. La Journée de Savoir (Hari Ilmu dan Pengetahuan) adalah perhimpunanan tahunan yang mengumpulkan para pengkaji, doktor falsafah, pelajar Masters dan jurutera yang berlatarbelakangkan pelbagai disiplin dan bidang (kejuruteraan, sains hayat, kesihatan, politik dan ekonomi). Program ini dianjurkan setiap tahun di bandar Dijon oleh Association Jeunesse Musulmans de Borgonne en France JMBF. JMBF merupakan persatuan pemuda muslim Bourgogne dan merupakan salah satu badan yang berada di bawah Union des Organisations Islamiques de France (UOIF) ataupun Gabungan Persatuan-Persatuan Islam Seluruh Perancis. Para pengkaji, doktor falsafah mahupun jurutera telah membentangkan hasil kajian masing-masing kepada umum dan diadili oleh para pakar yang terdiri kebanyakannya dalam kalangan professor. Bersempena dengan konferens ini,…
Read More
OSCAR EDISI KEEMPAT DI ANSE!!

OSCAR EDISI KEEMPAT DI ANSE!!

2017, AKTIVITI, Est, EVENT, Wanita & Keluarga
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahu Ta'ala 'Anhu, pelayan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: "Tidak beriman salah seorang kalian sampai dia mencintai saudaranya, seperti dia mencintai dirinya sendiri." (HR. Bukhari dan Muslim) Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, OSCAR 4.0 telah selamat melabuhkan tirainya pada 21 Mei yang lalu. Program OSCAR 'Where hearts meet' telah dijalankan pada 20 dan 21 Mei yang lalu dengan harapan setiap hati-hati yang bertemu akan terus diberkahi oleh Tuhan semesta alam. Program ini adalah terbuka khas buat para pelajar wanita di seluruh Perancis. Program OSCAR yang telah dijalankan buat kali ke-4 ini meletakkan fokus pada ukhuwah dan kasih sayang antara saudara sesama islam yang bertemu kerana Allah. Program kali ini telah berlangsung di Camping Les Portes du…
Read More
RAMAH MESRA ARIF FRANCE BERSAMA DATO’ IBRAHIM ABDULLAH

RAMAH MESRA ARIF FRANCE BERSAMA DATO’ IBRAHIM ABDULLAH

2017, AKTIVITI, Centre
Pada 6 Mei yang lalu, beberapa orang wakil dari barisan tertinggi pimpinan ARIF France telah pun menghadiri satu pertemuan tertutup bersama TYT Duta Besar Malaysia ke Perancis, Dato’ Ibrahim Abdullah di kediaman beliau iaitu Rumah Malaysia di Paris, Perancis. Pertemuan ini turut dihadiri oleh pegawai PPL Paris iaitu En Akmal manakala ARIF France telah diwakili oleh Penasihatnya, Saudara Akmali Mokhter, Bendahari Saudari Farah Syahira, Ketua Biro Kebajikan Saudara Ibrahim Hilman serta Saudari Farah Hazwani yang juga mewakili NGO MyCARE France. Antara objektif utama pertemuan ini adalah untuk meneruskan serta mengeratkan lagi hubungan baik antara pihak kedutaan terutamanya Duta Malaysia di Perancis bersama persatuan islam rakyat Malaysia di sini, ARIF. Pertemuan yang telah lama dirancang sejak kedatangan Dato’ Ibrahim ke Perancis pada penggal pelantikan duta yang baru tahun lalu akhirnya berjaya…
Read More
SIRIH PULANG KE GAGANG; HADI DAN ASMA’ PULANG DENGAN DOKTOR FALSAFAH

SIRIH PULANG KE GAGANG; HADI DAN ASMA’ PULANG DENGAN DOKTOR FALSAFAH

2017, AKTIVITI, Est, KEHIDUPAN, TAZKIRAH, Tips & Resepi, Wanita & Keluarga
Baru-baru ini, pasangan saudara Abdul Hadi bin Azman dan saudari Asma’ binti Abu Samah telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam peringkat doktor falsafah (PhD) di Unversité Grenoble-Alpes, Grenoble, France. Salah seorang pengasas ARIF France dan mantan presiden MASAF (2009-2011), Dr. Hadi merupakan bekas pelajar tajaan JPA ke Perancis (FP5) sebelum ditawarkan untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis beliau berkenaan ‘Method for integration of lattice structures in design for additive manufacturing’ telah dibentangkan pada tanggal 24 febuari 2017. ‘Lattice structure’ merupakan satu struktur yang ringan dan kuat, yang sesuai digunakan dalam pelbagai industri, terutama industri penerbangan. Di dorong oleh minat yang mendalam dalam bidang penyelidikan dan dunia akademik, Dr.Hadi telah menjadikan ini sebagai motivasi untuk beliau menyambung pelajaran. Keselesaan dengan suasana di kampus juga menjadi pendorong…
Read More