AGM ARIF 2017 – Kecemerlangan akademik pelajar keutamaan kami, membina Malaysia menjadi negara rahmah

Home / EVENT / AGM ARIF 2017 – Kecemerlangan akademik pelajar keutamaan kami, membina Malaysia menjadi negara rahmah

Pada weekend lepas, HICOM ARIF sebanyak 28 orang, telah berkumpul di Hotel Mercure Lyon untuk Annual Grand Meeting ARIF 2017 untuk membincangkan perancangan aktiviti-aktiviti ARIF sepanjang tahun 2017-2018.

Berpaksikan pada tarbiah (education), ARIF berhasrat melahirkan negarawan islamik yang akan mampu menyumbang dan berbakti pada negara. Berikut merupakan 12 ciri negarawan islamik yang ingin dibina :

1. Kecemerlangan akademik dan kerjaya
2. Kepimpinan
3. Aqidah yang sejahtera
4. Ibadah yang sahih
5. Jasmani yang kuat dan sihat
6. Tersusun urusannya
7. Menepati masa
8. Mujahadah melawan diri
9. Akhlak yang mantap
10.Berdikari
11.Berpengetahuan luas
12.Bermanfaat kepada orang lain

Insan-insan ini diharapkan boleh menyumbang dan berbakti kepada pembinaan Malaysia menjadi sebuah negara Rahmah, yang bercirikan seperti berikut :

1.Institusi keluarga yang utuh dan masyarakat berilmu, berakhlak dan penyayang
2.Ekonomi dan pembangunan negara yang mampan
3.Kebajikan rakyat terpelihara
4.Sistem perundangan yang adil dan saksama
5.Kepimpinan negara yang kompeten dan berintegriti
6.Menerajui usaha keamanan dan kesejahteraan sejagat

Ayuh bersama ARIF dalam menjayakan wawasan ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *