4 sebab kenapa perlu anda jaga solat

Home / Uncategorized / 4 sebab kenapa perlu anda jaga solat

Berikut adalah keutamaan menjaga solat termasuk solat pada awal waktu.

1. Solat di awal Waktu antara amalan paling utama

قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِأَوَّلِ وَقْتِهَا

Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.”

[HR. Tirmidzi No: 155] Status: Hadis Sahih

2. Solat menjadi cahaya, pembela dan penyelamat di hari akhirat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ ذَكَرَ الصَّلَاةَ يَوْمًا فَقَالَ مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا وَبُرْهَانًا وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلَا بُرْهَانٌ وَلَا نَجَاةٌ وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ

Dari Abdullah bin Amru, dari Nabi SAW; bahawasanya suatu hari baginda pernah menyebutkan mengenai solat seraya bersabda: “Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya di hari kiamat. Manakala mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela, dan penyelamat. Bahkan mereka akan diletakkan bersama-sama dengan Qarun, Firaun, Hamman dan Ubay bin Khalaf.”

(HR Ahmad No: 6288) Status: Isnad Hasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *