#M&M: Kebangkitan Rakyat Syria (Siri 1)
PENGENALAN SYRIA
Syria secara rasminya Republik Arab Syria ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut
Mediterranean dan Lubnan di barat, Israel di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Majoriti penduduk adalah daripada Islam Sunni berbangsa Arab sebanyak 74% , 12% Syiah Alawiyah yang menguasai pemerintahan dan ketenteraan Syria , 9% kristian, dan 3% Druze. Berikut merupakan serba sedikit rentetan sejarah Syria.
1517
Syria ditakluk ketika zaman Khalifah Umar, dan kemudian diperintah oleh Umaiyyah, Abbassiyah, Seljuk dan Ayyub. Tanah Syria menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah. Penduduk Syria tinggal secara aman dan damai sehingga kurun ke 19.
1831
Kemudian Syria jatuh di tangan Muhammad Ali Pasha, yang menjadi penentang kerajaan Turki Uthmaniyyah dan kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri. Dan dari satu sumber1 lain beliau digelar bapa mesir moden kerana sumbangan besar beliau dalam membangunkan sebuah Negara. Kemudian pemerintahannya dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniah semula.
1920
Syria dijajah oleh Perancis. Bermulalah era pemerintahan yang zalim dan banyak kekacauan berlaku. Perancis telah menyingkirkan Syria dari Lubnan. Perancis juga dengan kejamnya telah membunuh puluhan ribu rakyat dan mengebom banyak bandar-bandar besar. Akhirnya, mereka terpaksa berundur semasa perang ke-ll.
1946-sekarang
Negeri Syria moden mencapai kemerdekaan pada bulan April 1946, sebagai sebuah republik berparlimen. Tempoh selepas kemerdekaan adalah huru-hara, dan sejumlah besar rampasan kuasa tentera dan percubaan rampasan kuasa menghuru-harakan negara dalam tempoh tahun 1949-1971. Antara 1958-1961, Syria memasuki kesatuan yang singkat dengan Mesir, yang telah ditamatkan oleh rampasan kuasa tentera di Syria oleh Hafez al-Assad, bapa kepada Basyar al-Assad, Presiden Syria sekarang. Syria berada di bawah Undang-undang Darurat semenjak tahun 1963 sehingga tahun 2011, yang menyebabkan pergantungan perlindungan di bawah perlembagaan bagi warganegara Syria, dan sistem kerajaan dianggap sebagai tidak demokratik. Bashar al-Assad telah menjadi presiden sejak tahun 2000 menggantikan bapanya Hafez al-Assad, yang berada di pejabat dari tahun 1971. Kerajaan Syria sejak tahun 2011 menghadapi protes besar-besaran sebagai sebahagian daripada Kebangkitan Arab yang mengakibatkan Syria digantung daripada Liga Arab. Selain itu, kerajaan Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan Libya telah mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria, kesatuan parti-parti pembangkang di Syria, manakala Libya merujuknya sebagai wakil tunggal sah kerajaan Syria.
FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA REVOLUSI SYRIA DAN MATLAMAT REVOLUSI SYRIA
Proses revolusi Syria berlaku dengan rentetan enam perkara utama iaitu penindasan terhadap rakyat oleh regim pemerintah yang tidak pernah berhenti selama 4o tahun, kedua ialah kebangkitan rakyat di negara-negara arab sekitarnya, ketiga ialah sistem diktator dan autoritarian yang diguna pakai oleh regim al-Assad yang memerintah Syria, keempat ialah rasuah dan nepotisme dalam kalangan pegawai kerajaan, kelima ialah monopoli politik dan ketenteraan oleh Parti Baath, keluarga al-Assad dan minoriti puak Alawi, dan yang terakhir ialah masalah ekonomi dan pengangguran yang dihadapi oleh rakyat Syria.
Matlamat yang ingin dicapai oleh revolusi ini pula ialah perletakan jawatan oleh presiden Syria, Basyar al-Assad, pertukaran regim yang dikuasai oleh keluarga al-Assad, penghapusan Mahkamah Tinggi Keselamatan Negara, pengangkatan undang-undang darurat yang telah berkuatkuasa selama lebih 40 tahun, perluasan hak-hak sivil rakyat Syria seperti kebebasan bersuara dan kebebasan berpolitik, dan pengiktirafan kerakyatan warga Kurdish di Syria.
Bersambung…
1http://afkar.numesir.com/index.php?option=com_content&view=article&id=16:muhammad-ali-pasha-kisah-
perjalanan-bapak-mesir-modern&catid=13:safari-historik&Itemid=39
Shortlink:






Socialize